Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sengaja Cetus Kekecohan dalam Pesawat MAS, Warganegara Jerman Dipenjara Sebulan

13 Mei 2015

SEPANG: Seorang ahli perniagaan, Dietmar Ross dijatuhkan hukuman penjara satu bulan selepas didapati bersalah menimbulkan gangguan di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Colombo, Sri Lanka pada 9 Mei lalu.
Warganegara Jerman itu mengaku bersalah ketika prosiding perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Seksyen pagi tadi.
Dietmar didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 11.45 malam di dalam pesawat MH0179 dari Kuala Lumpur ke Colombo, dengan meninggikan suara kepada seorang krew penerbangan, Phuah Soh Kin, 48, serta mengeluarkan kata kesat dan tidak mengikut arahan di dalam pesawat. 
Beliau boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya mengikut Peraturan 70 (1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1969 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 188 (7) di bawah peraturan yang sama.
Dietmar diwakili peguam Zaflee Pakwanteh.
Sementara itu, Hakim Aizatul Akmar Maharani menetapkan hukuman penjara selama sebulan, bermula dari tarikh tertuduh ditahan. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "