Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sekurang-kurangnya Empat Terbunuh, Pesawat A400 Milik Tentera Terhempas Di Sepanyol

10 Mei 2015
No Comment


SEPANYOL: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam satu nahas kapal terbang milik tentera berhampiran lapangan terbang Seville di sini.

Pesawat tersebut dikatakan baru diserahkan semula oleh pihak Airbus dan dalam proses penerbangan ujian kerana telah berlaku satu masalah teknikal sebelum ini.

Media tempatan melaporkan bahawa mangsa-mangsa yang berada di atas kapal tersebut termasuk seorang pekerja Airbus Sepanyol.

Media juga melaporkan bahawa pesawat telah memberi isyarat bahawa terdapat masalah dengan sistem yang sebelum kemalangan itu.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy telah menyatakan kesedihan dengan kejadian itu yang berlaku kira-kira 1.6km (1 batu) dari dari lapangan terbang San Pablo.



Semasa juruterbang cuba melakukan pedaratan cemas pesawat tersebut dia telah terlanggar tiang kuasa elektrik berhampiran kawasan tersebut menyebabkan berlakunya letupan yang merosakkan kapal terbang tersebut.

Mereka yang terselamat telah dibawa ke hospital dengan helikopter. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Sepanyol kepada agensi berita Akhbar bersekutu bahawa seorang mangsa yang berjaya diselamatkan telah sedar.

Kejadian ini sebenarnya berlaku di padang di utara lapangan terbang San Pablo yang sememangnya berhampiran dengan kilang pemasangan pesawat Airbus.

Airbus model pesawat A400M masih belum digunakan oleh tentera Sepanyol kerana masih dalam proses percubaan. Ia adalah pesawat pengangkutan yang besar dan canggih dimana telah digunakan di lapan buah negara termasuk Malaysia bagi menggantikan pesawat Hercules. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "