Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Recep Tayyip Erdogan Usaha Keras Pastikan Morsi Dibawa Ke Turki

22 Mei 2015
No Comment


Akhbar Turki Takvim melaporkan bahawa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sedang berusaha untuk menyelamatkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dari hukuman mati yang dijatuhkan kepadanya pada hujung minggu.

Presiden Turki itu latang mengkritik mahkamah Mesir kerana tindakan mahkamah negara tersebut menjatuhkan hukuman mati terhadap Morsi.

Erdogan juga dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan Saudi dan Qatar, memohon untuk membawa Morsi dari Mesir ke Turki.

Selain itu, Erdogan juga mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia untuk membebaskan bekas presiden Mesir itu.

Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi kekal senyap mengenai isu ini, tetapi pada masa yang sama, beliau tetap mahu menyingkirkan Morsi.

Ia melaporkan bahawa Al-Sisi bertemu dengan Perdana Menteri beliau Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan Sedqi Subhi untuk membincangkan isu itu. Mehlib mencadangkan menghantar Morsi dalam buangan kerana negara akan menghadapi protes ganas jika dia telah dihukum mati. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "