Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Australia Tegaskan Tidak Akan Terima Pelarian Rohingya

22 Mei 2015
No Comment


SYDNEY: Australia telah tampil menegaskan yang mereka tidak akan menerima kehadiaran pelarian Rohingya di negara mereka.

Perdana Menterinya Tony Abbott menegaskan demikian selepas menjawab soalan daripada wartawan samaada mereka kemungkinan akan mengambil daripada pelarian-pelarian tersebut.

"Tidak, tidak, tidak. Kita mempunyai program pelarian dan kemanusiaan yang amat jelas," ujar beliau.

Abbott menjelaskan kerajaan pimpinannya tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menggalakkan rakyat asing menyusup ke negara itu dengan menaiki bot-bot secara haram.

Perdana Menteri Australia itu memberi amaran mereka(pelarian Rohingya) yang bertindak seperti itu tidak harus diberi ganjaran dengan kehidupan baru di negara Barat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "