Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Ireland Gagalkan Plot Pengganas Mahu Bunuh Putera Charles

15 Mei 2015
No Comment


OMAGH, IRELAND: Polis Ireland Semalam berjaya mengagalkan satu plot yang dirancang untuk membunuh pasangan diraja, Putera Charles dan Camilla selepas melakukan serbuan di beberapa lokasi.

Polis berjaya merampas beberapa bom dan senjata api dari lokasi yang akan dihadiri oleh pasangan diraja tersebut 19 Mei ini.

Menurut jurucakap polis , mereka telah berjaya menahan enam orang suspek yang dipercayai terlibat dalam rancangan membunuh pasangan ini di mana dua daripada mereka berjaya ditahan di kawasan Glenfarne di Leitrim.

Kedua-dua orang lelaki yang berusia 20 an ini ditahan ditemui memiliki bahan letupan yang sudah diubahsuai serta sepucuk pistol.


Beberapa biji bom telah diubah suai serta sepucuk pistol yang ditemui di beberapa lokasi seperti di Louth, Wexford dan Dublin melalui sebuah besar-besaran di 20 lokasi.

Berdasarkan siasatan kesemua enam suspek tersebut mempunyai kaitan rapat dengan pengganas Tentera Sebenar Republik Ireland (Real IRA) serta Kesinambungan Tentera Republik Ireland (Continuity IRA).

Pihak polis kini memperketatkan lagi kawalan dan pemantauan sebelum kehadiran pasangan diraja tersebut.

Charles dijadualkan akan tiba ke Ireland pada 19 Mei ini bagi memberi penghormatan kepada bapa saudaranya, Raja Mountbatten yang terkorban pada 1979 di kawasan tersebut. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "