Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengaku beliau telah menghantar sepucuk surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Namun, Perdana Mneteri dikatakan tidak membuka surat tersebut dan berjanji akan cuba untuk menangai rungutannya dengan akan melakukan transformasi Parlimen.
Kerana janji Najib tersebut, beliau membuat keputusan untuk menarik balik surat tersebut dan terus kekal sebagai Speaker Parlimen..
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa Pandikar akan meletakkan jawatan kerana tidak berpuas ahti dengan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh Pandikar Amin,
Tun Mahathir tetap berkeras bahawa Pandikar benar-benar memberitahunya perkara itu dalam pertemuan mereka sebelum ini. - Siakapkeli.my