Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dr Mahathir Seolah-olah Malukan Diri Sendiri Kerana Dedah Perbicaraan Rahsia Antara Kami - Pandikar Amin Mulia

19 Mei 2015
No Comment


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendakwa tidkaan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan rahsia perbiacaraan beliau dengannya seolah-olah memalukan diri sendiri.

Menurut Pandikar, pertemuan bersama Dr Mahathir pada 13 Mac lalu di Yayasan Al-Bukhari adalah satu perbincangan rahsia keluarga di antara bapa dan anak.

BACA: Pandikar Amin Mulia Sudah Serah Surat Perletakan Jawatan Tapi Tarik Balik

"Saya tidak ada mengaibkan Dr Mahathir. Dr Mahathir sendiri mengaibkan diri beliau kerana menzahirkan perbincangan saya dan beliau yang saya anggap sebagai perbincangan rahsia antara bapa dan anak.

"Apa yang berlaku apabila Dr Mahathir membuat kenyataan begitu seolah-olah persepsi kepada rakyat yang ditonjolkan kepada rakyat ialah siapa pembohong di antara kami," katanya dipetik Malaysian Insider dalam satu sidang media di kediaman rasmi speaker di Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "