Namakan Monyet Sempena Nama Puteri Charlotte, Zoo di Jepun Minta Maaf
TOKYO: Sebuah zoo di Jepun memohon maaf setelah dikecam teruk kerana memberikan nama kepada seekor anak monyet sama dengan nama puteri pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton.
Pusat Zoologi itu yang terkenal dengan habitat monyet liar membuat permohonan maaf di laman webnya setelah tindakan itu mendatangkan banyak emel dan panggilan telefon yang mengkritik tindakan itu.
Memetik laporan daripada Japan Times, zoo itu kebiasaannya memberi nama kepada monyet di pusat itu hasil dari pilihan orang ramai dan nama Charlotte menduduki piliha utama setelah memperoleh 59 daripada 853 undi.
Nama Charlotte diinspirasikan dari nama anak kedua Putera William dan isteri, yang diberi nama Charlotte Elizabeth Diana yang baru sahaja dilahirkan 2 Mei lalu. - Siakapkeli.my