Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Adakan Pertemuan 'Hati Ke Hati' Dengan Muhyiddin

11 Mei 2015


KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan satu pertemuan dari hati ke hati dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkukuhkan parti itu.

Datuk Seri Najib berkata, pertemuan yang berlangsung pagi tadi itu bertujuan bagi memastikan hubungan beliau dan Muhyiddin terus kukuh selain menguatkan parti supaya tidak dipecahbelahkan oleh pihak lain.

"Saya telah berjumpa dengan beliau dari hati ke hati pagi tadi (Isnin). Saya telah beri pengakuan bahawa kita akan selalu bincang dari hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tidak ada pihak yang memecah belahkan parti kita terutama sekali saya dan timbalan," katanya memetik laporan dari mStar Online.

Beliau membuat kenyataan itu di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi UMNO di PWTC. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "