Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kemelut Hyper Act Berakhir Dengan Penyingkiran Ronnie

11 Mei 2015

PETALING JAYA: Kemelut yang melanda kumpulan pemuzik tanah air, Hyper Act, berakhir dengan penyingkiran Ronnie dari kumpulan itu.

Ronnie atau Shahron Hussien, 34, perkara itu telah mendapat kesepakatan diantara ahli-ahli kumpulan itu setelah mereka mengadakan satu perbincangan.

"Saya bukannya disingkirkan tanpa pengetahuan saya seperti mana diperkatakan sebelum ini tetapi ia atas perbincangan bersama di antara kami.

"Bagi saya tidak ada apa yang ingin diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai dengan baik," katanya memetik laporan dari mStar Online.

Perkara ini diulas oleh Ronnie setelah salah seorang dari anggota kumpulan tersebut mengumumkan penyingkiran itu secara rasmi dalam satu temuramah dengan sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini.

Kemelut itu dikatakan berlaku selepas Ronnie sering bergerak solo menyebabkan Hyper Act terpaksa menggunakan khidmat penyanyi lain.

Walaubagaimanapun, Ronnie berkata hubungannya dengan ahli-ahli kumpulan yang lain masih lagi baik.

"Sebenarnya tidak ada ada isu pun cuma berita mengenainya disensasikan dan hubungan kami masih lagi baik sebenarnya.

"Sudah tiba masanya kami mengubah angin dan mencuba sesuatu yang baharu," katanya.

Sementara itu, menjelaskan dia tidak dibenarkan menyanyikan lagu kumpulan itu selepas ini, Ronnie berkata, kenyataan yang dibuat Toi sebenarnya telah disalah ertikan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "