PENYANYI dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw baru-baru ini menerima kritikan hebat dari peminatnya dari Indonesia dan juga Malaysia apabila dia dikatakan telah memuatnaik sekeping gambar memakai hijab seperti 'pasu bunga'.
Gambar tersebut telah dimuatnaik di laman Instagram miliknya tiga hari lepas dan mendapat perhatian ramai peminat yang mengatakan fesyen tersebut tidak sesuai dalam pemakaian tudung dan ada juga mengatakan Melly tidak sensitif dalam pemakaian tudung.
Namun dari pemerhatian SK di laman Instagram Melly sebenarnya ramai juga yang menyokong tindakannya, mungkin dilihat agak keterlaluan tapi masih menutup aurat sebagai seorang Muslim.
Bagaimanapun kerana kritikan itu, Melly dilihat tidak cepat melatah dan dia telah memuatnaik lagi sekeping gambar berserta kapsyen menyatakan dia sedang cuba memperbaiki diri.
Berikut adalah kepsyennya:
“Saya bukan wanita berhijab, Saya hanya wanita yang sangat bahagia menutup bahagian-bahagian tubuh saya yang sebaiknya ditutup dan belum memenuhi syarat-syarat seperti wanita berhijab.
“Saya cuma seorang wanita, isteri, ibu dan kawan yang masih belum layak digelar wanita berhijab.
“Harapan di mana kelak saya boleh menjadi wanita solehah yang berhijab, berjilbab, tidak menyanyi, tidak main sinetron, tidak menjadi juri, tidak membiarkan dirinya di lihat orang lain di televisyen ataupun di media lain yang mana boleh mengundang fitnah dan maksiat, tidak main filem, tidak main media sosial dan hanya melakukan hal-hal yang seperti dilakukan isteri-isteri Rasul, #mellygoeslaw #menantimagrib ” tulisnya.
Nampaknya kenyataan yang dikeluarkan oleh Melly itu agak tajam dan sampai yang pasti membuatkan para pengkritiknya terasa. Apapun Tahniah diucapkan kepada Melly kerana berani untuk berubah, kerana untuk berubah ke arah yang lebih baik tiada istilah sudah terlambat. - Siakapkeli.my