MBPJ Arah Kedai Ubat Cina Tidak Jual Minuman Keras
PETALING JAYA: Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui bahagian perlesenannya telah mengeluarkan arahan melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai ubat.
Memetik laporan mStar Online, kerana larangan tersebut semua premis perubatan Cina yang berada di bawah MBPJ diberi amaran supaya mematuhi peraturan baru yang dikeluarkan tersebut jika mereka ingkar lesen perniagaan akan ditarik.
Bagaimanapun kerana larangan itu peniaga-peniaga ubat tradisional cina telah membantah dan menuntut penjelasan dari pihak MPBJ.
Mereka menuntut pihak MPBJ supaya menjelaskan beza antara minuman keras dan ubat-ubatan tradisional yang mengandungi alkohol.
"Alkohol dalam perubatan adalah berbeza, ia adalah untuk merawat penyakit," kata Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Cina Malaysia, Heng Aik Teng.
Beliau berkata pihak MBPJ perlu memberi alasan yang kukuh untuk menguatkuasakan larangan ini.
"Jangan menghukum kami. Mari kita bertemu dan berbincang," katanya. - Siakapkeli.my