Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Bersimen Dan Mereput Ditemui Di Dapur Rumah

30 Mei 2015



KEPONG: Satu mayat yang telah disimen dan mereput ditemui di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong pada tengah hari semalam.

Ia disedari oleh anak perempuan pemilik rumah berkenaan yang ketika itu mahu membuat kerja-kerja pengubahsuaian rumah yang sebelum ini dibiarkan kosong sebulan yang lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad bagaimanapun berkata pihak polis sukar mengenalpasti identiti mangsa berdasarkan mayat yang sudah mereput dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

"Sebelum ini, rumah itu disewa sebuah keluarga warga tempatan yang menghilangkan diri bulan lalu setelah tidak membayar sewa.  

"Pemilik rumah yang sedang membersihkan rumah itu terhidu bau busuk di bahagian dapur dan meminta tukang rumah mengorek di bahagian lantai sebelum menemui mayat yang dibungkus dengan plastik putih," katanya.

Polis kini sedang menjejako penyewa lama yang pernah menduduki rumah berkenaan bagi membantu siasatan. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "