North Dakota - Sebuah bandar kecil di North Dakota terpaksa dikosongkan setelah sebuah kereta api yang membawa minyak mentah tergelincir dari landasan dan 10 gerabak yang membawa minyak terbakar, kata pihak berkuasa tempatan.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun bandar berkenaan yang mempunyai 27 penduduk terpaksa dikosongkan kerana ditakuti api merebak ke ladang berhampiran.
Bomba dari tiga bandar berhampiran dipanggil untuk memadamkan api. Asap hitam tebal dapat dilihat di kawasan nahas.
Asap hitam tebal menyelubungi tempat kejadian. |
Pada 2013, nahas yang sama berlaku di bandar Quebec meragut 47 nyawa. - Siakapkeli.my