Keluarga Angkat Rayu Pelajar Bakal Lanjutkan Pelajaran Ke Mesir Pulang Selepas Menghilangkan Diri
KANGAR: Pihak Pusat jagaan anak-anak yatim dan miskin Darul Falah Ummi Aishah(DFUA) dari di Kampung Behor Masjid, Titi Serong, Kuala Perlis, merayu kepada orang ramai yang menjumpai Mohd. Salleh Hambali atau mempunyai maklumat tentangnya supaya menghubungi DFUA.
Menurut Pengurus DFUA, Abdul Manan Senapi berkata, Mohd. Salleh Hambali Abdullah, 19, telah keluar dari pusat jagaan ketika rakan-rakanya yang lain pergi kesekolah pada waktu pagi.
Selain itu, Salleh menghilangkan diri dengan tidak langsung membawa apa-apa keperluan melainkan MyKad yang diusahakan oleh keluarga angkatnya bersama wang tunai RM200.
“Kami baru selesaikan urusan MyKad sebagai dokumen penting untuk persiapan Mohd. Salleh Hambali belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir yang dijadualkan pada penghujung bulan ini.
“Pulanglah dan tunaikan janji untuk menyambung pengajian dan cita-cita bergelar seorang ustaz dan imam. Kami juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan ini,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Pusat jagaan itu yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai 21 pelajar, terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia antara tujuh sehingga 17 tahun.
“Dia juga mahir bermain alat muzik dan mahu menubuhkan sebuah kumpulan nasyid satu hari nanti tetapi apa yang sedihnya, dia pula menghilangkan diri,” ujarnya.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat Mohd. Salleh Hambali, diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Abdul Manan menerusi 019-4455307 atau 019-4182542. - Siakapkeli.my