Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Juruterbang Belanja Penumpang Makan Pizza Selepas Penerbangan Terpaksa Ditangguhkan

28 Mei 2015
No Comment


TENNESSEE - AMERIKA SYARIKAT: Seorang juruterbang telah bertindak 'belanja' penumpangnya selepas pesawat yang dipandunya terpaksa menangguhkan perjalanan.

Memetik laporan Dailymail, penerbangan Delta DL1346 dari Philadephia ke Atlanta itu sepatutnya berlepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang buruk di Atlanta telah melumpuhkan pendaratan kapal terbang di lapangan terbang Georgia.

Seorang penumpang, ,Khoury Ashooh berkata pesawat telah berpusing beberapa kali berdekatan Georgia dan kemudian berpatah kembali dan mendarat di Knoxville.

Penerbangan tersebut terpaksa ditangguhkan selama tiga jam menyebabkan kapten juruterbang memesan piza untuk diberikan kepada penumpang di dalam pesawat tersebut.

"Kami tersekat di lapangan terbang dan mereka buat parti piza!" kata Riley Vasquez yang berkongsi berita tersebut di Twitter.

"Penerbangan Delta menguruskan hal ini dengan baik. Anda hebat," kata Vasquez.

Difahamkan, beberapa penerbangan Delta yang tertangguh dari Ohio, Illinois dan Mississippi juga diberikan layanan sama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "