Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jaga-jaga, Monyet Jadi Punca Utama Penyakit Malaria di Malaysia

26 Mei 2015
No Comment



Bukan sekadar nyamuk tiruk, monyet juga boleh menjadi punca kepada penyakit malaria.

Ketua Sektor Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan, Dr Rosenani Mudin berkata ia boleh terjadi jika nyamuk tiruk yang mengigit monyet yang mempunyai malaria, dan nyamuk yang sama juga menggigit manusia.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 2,584 daripada 3,923 kes atau 66 peratus penyakit malaria di negara ini dikesan berpunca daripada monyet (zoonotik) dengan Sabah, Sarawak dan Kelantan membabitkan paling banyak pesakit.

Manakala 730 kes atau 19 peratus penyakit malaria berpunca daripada pekerja asing yang bekerja di sektor perladangan.

Pada tahun ini, statistik bagi tiga bulan pertama hingga Mac lepas, sebanyak 356 kes atau 67.6 peratus daripada 527 kes malaria juga dikesan berpunca daripada monyet. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "