Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Rohingya Adalah Masalah Dunia - Najib

26 Mei 2015




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu seluruh negara di dunia menghulurkan bantuan dan mencari jalan dalam menyelesaikan isu pelarian Rohingya.

Tegasnya, isu tersebut tidak sepatutnya menjadi masalah bagi negara-negara ASEAN sahaja.

"Saya mengambil peluang untuk memberi taklimat ringkas kepada Perdana Menteri (Jepun Shinzo) Abe tentang cabaran terbaru dihadapi Malaysia dan ASEAN. Apa-apa sahaja yang Jepun dapat lakukan untuk membantu kita menangani masalah ini, amat dialu-alukan," katanya.

Najib berkata demikian dalam mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Pemimpin negara matahari terbit itu menyambut baik hasrat Malaysia dan Indonesia membantu pelarian Rohingya dan menyokong isu tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sejak dua minggu lalu, lebih 1,500 pelarian Rohingya terkandas di perairan negara ini, terutamanya di bahagian utara Malaysia.

Ia berikutan langkah tegas Thailand memerangi sindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran, sebaik sahaja penemuan lebih 30 mayat di sebuah kawasan perkuburan di selatan negara berkenaan.

Dua hari lalu sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi hampir 100 pendatang Rohingya dijumpai di Padang Besar.

Susulan penemuan tersebut, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini giat menjalankan kerja-kerja menggali kubur bagi mengenalpasti mayat-mayat tersebut. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "