Kawasan nahas |
Menurut laporan, terdapat murid-murid di dalam sekolah tersebut ketika kejadian berlaku.
Pihak tentera telah mengeluarkan satu laporan rasmi bahawa duta Norway Leid H.Larsen, Duta Filipina D. Lucenario Jr, isteri kepada duta Indonesia dan dua orang juruterbang tentera turut berada di dalam helikopter yang terlibat nahas itu.
Agensi berita Malaysia, Bernama mengesahkan kejadian melalui satu tweet di laman Twitter miliknya.
Saksi yang melihat kejadian berkata helikopter itu merempuh bangunan sekolah ketika melakukan pendaratan cemas. Walaubagaimanapun, punca nahas itu masih lagi dalam siasatan.
Habibah, isteri kepada Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar menaiki helikopter berkenaan untuk menghadiri pelancaran projek pelancongan di Gilgit, Pakistan. - Siakapkeli.my