Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ikatan Bukan Pro Kerajaan Atau Pembangkang - Bekas Menteri

15 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang baru dilancarkan hari ini tidak bertujuan menyebelahi pihak kerajaan atau pembangkang, demikian menurut Presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ujarnya, parti itu mewakili suara keseluruhan pemimpin negara yang pernah bersama di dalam pentdbiran kerajaan, termasuklah rakyat dan generasi yang akan datang.
 
"Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar.

"Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang," kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, hari ini.

Ikatan menggunapakai lambang bewarna merah dan putih dengan meletakkan bulatan bewarna kuning dan gambaran perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang mengangkat tangan ketika melaungkan kemerdekaan sebagai simbolik parti.

Tema yang dibawa adalah "Bersatu Maju Adil Bahagia".

Kira-kira 300 tetamu hadir di majlis pelancaran Ikatan, termasuklah Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin.

Ikatan menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) selama dua tahun meskipun ia telah ditubuhkan pada Jun 2012.

Akibat kelewatan itu, bekas Menteri Penerangan itu mengheret RoS ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "