Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahli Parlimen Miri Dipukul Didepan Klinik Miliknya

15 Mei 2015
No Comment


MIRI: Ahli Parlimen PKR Miri Dr Michael Teo Yu Keng telah diserang pada awal pagi tadi di luar klinik miliknya semasa hendak memulakan tugas.

Kejadia berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tu menyebabkan beliau mengalami kecederaan di bahu.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri baru berjalan keluar dari keretanya menuju ke premis kliniknya tetapi dalam perjalanan itu talah datang seorang individu tidak dikenali memukul beliau.

Menurut saksi yang melihat kejadian berkenaan berkata penyerang telah keluar daripada sebuah kereta dengan memakai helmet dan terus memukul Dr Teo dengan kayu yang menyerupai kayu besbol sebelum melarikan diri.

Teo telah dihantar ke Hospital Umum Miri untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan tidak serius.

Setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan tentang kejadian tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "