Gara-Gara 'Berselfie' Diatas Kereta Api, Gadis Maut Terkena Renjatan Elektrik
BUCHAREST: Gara-gara terlalu taksub untuk berselfie diatas kereta api, seorang gadis maut selepas tersentuh kabel elektrik buvoltan tinggi di atas bumbung kenderaan pengangkut tersebut.
Gadis tersebut, Anna Ursu, 18, dan rakannya telah pergi ke sebuah stesen kereta api di bandar Iasi di timur laut Romania untuk merakamkan aksi berselfie dia atas kereta api.
Semasa sedang asyik mengambil gambar sambil berbaring, dia telah mengangkat sebelah kakinya ke udara menyebakan kakinya itu telah tersangkut pada kabel elektrik 27,000 voltan, menyebabkan dia dan rakannya yang berada rapat terbakar serta-merta.
Kedua-dua mereka telah di abwa ke hospital menggunakan helikopter, tetapi Ann talh meninggal dunia kerana tubuhnya mengalami 50% melecur seluruh badan.
Menurut rakannya yang terselamat, dia dan Anna sememangnya gemar berselfie di tampat yang pelik tanpa memikirkan mengenai bahaya yang bakal dihadapi.
Seorang lelaki yang berada di tempat kejadian telah memberi amaran keapda mereka supaya tunduk dan berhenti menjulurkan kaki mereka ke atas.
Bagaimanapun mereka tidak mengendahkan nasihatnya itu sebelum kejadian. Bagaimanapun dialaha antara orang pertama yang cuba menyelamatkan mangsa selepas kejadian.
Menurutnya, apabila kaki Anna tersebuh kabel elektrik tersebut, satu letupan kuat telah berlaku dan dia nampak gadis tersebut terbakar. - Siakapkeli.my