Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

ADUN Lenggeng Diisytihar Muflis, Mungkin Buka Ruang Pilihanraya Kecil

14 Mei 2015
No Comment

Kredit Foto: Malaysiakini

ADUN Umno Lenggeng, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi yang mungkin membuatkan beliau akan hilang kelayakan sebagai ADUN dan membuka laluan berlakunya pilihan raya kecil DUN tersebut.

Bagaimanapun beliau masih membuat rayuan berhubung perkara tersebut dan kes itu akan didengar esok.

Beliau telah diisytihar bankrap oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac lalu selepas dikatakan menjadi penjamin kepada seorang kontraktor, Misran Sukadi, yang membuat pinjaman tetapi kontraktor tersebut tidak membayar pinjaman yang dibuatnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Ishak mewakili Barisan Nasional menang dengan majoriti 2,058 menewaskan calon PAS dan dan calon bebas.

Bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga pengerusi Umno negeri, berkata status Ishak sebagai ADUN kekal sehingga rayuannya didengar.

"Peguam saya telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikannya dan perkara itu akan didengar di Mahkamah Tinggi esok," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "