Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

FMC Janji Untuk Jaga Kebajikan Anak-Anak Mangsa Nahas Sehingga 18 Tahun

4 Mei 2015
No Comment


KUALA LUMPUR, 4 Mei: Familia Myvi Club atau FMC berjanji akan menjaga kebajikan dua anak perempuan mangsa nahas yang berlaku di Lebuhraya DUKE baru-baru ini.

Pada Ahad, ahli-ahli kelab terbabit telah mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa nahas pada jam 5 petang.

Wakil FMC, Hairul Safuan berkata, ahli-ahli kelab automotif itu mengucapkan takziah serta menjelaskan kisah kejadian dari pihak mereka.

"Kami mahu membersihkan nama-nama kami. Selepas kejadian itu, beberapa ahli-ahli kami menerima ancaman di Facebook dan WhatsApp. Individu yang tidak dikenali ini mengugut untuk memukul ahli kami atau merosakkan kereta ahli kelab jika ditemui," katanya memetik laporan mStar Online.


Hairul juga turut berkata, pihaknya juga telah bersetuju untuk membela nasib kedua-dua anak perempuan mangsa yang menjadi yatim piatu kerana nahas itu sehingga usia mereka 18 tahun.


"Kami telah berbincang dan bersetuju untuk mengumpulkan dana bagi membiayai kebajikan kanak-kanak ini sehingga mereka mencapai usia 18 dan kami juga menghulurkan sumbangan awal kepada keluarga mangsa.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak polis dan keluarga mangsa semasa siasatan dijalankan. Jika didapati terdapat ahli-ahli kelab kami yang melakukan kesalahan, kami tidak akan membela kesalahan itu, " kata Hairul. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "