Pasti ramai tidak tahu berkenaan falsafah lima jari ini? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain? ini mungkin dianggap sebenarnya satu kebetulan yang sengaja direka-reka.
Tapi sebenarnya disebalik tangan kita ini ada kisah yang diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kenapa cincin disarungkan pada jari manis.
SK sendiri mengetahui tentang perkara ini dalam satu drama tapi sudah lupa apakah tajuk drama itu. Selepas melihat pasal falsafah ini dalam drama, SK pernah bertanyakan perkara ini kepada ibu Sk sendiri dan dia turut memberitahu perkara ini memang wujud cuma tidak ramai tahu.
Cuba anda rapatkan kedua-dua tangan kanan dan kiri anda kemudian bengkokkan jari tengah atau pun jari hantu kedua-dua belah ke dalam seperti gambar di bawah,
Selepas anda lakukan seperti diatas tekan kuat-kuat kemudian sambil tekan cuba renggangkan antara dua ibu jari.
Selepas itu rapatkan kembali , kemudia angkat jari telunjuk.boleh kan? senang je kan?
Kemudian angkat jari kelinking? boleh angkat kan? cantumkan kembali dan anda cuba angkat jari manis. Memang ternyata tidak boleh. Kerana kelebihan inilah terciptanya satu falsafah berkaitan cinta lima jari.
*Semasa satu jari diangkat rapatkan jari lain.
Mari kita baca apa yang dikatakan berkaitan falsafah cinta lima jari ini.
# Ibu Jari
Ketika anda angkat ibu jari, ibu jarilah jari paling senang diangkat di mana ia mewakili kedua-dua orang tua kita.
Kerana suatu hari nanti mereka pasti pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya berdasarkan kebiasaan walaupun ada orang muda pergi lebih awal.
Rapatkan kembali ibu jari.
#. Jari Telunjuk
Angkat atau bukakan antara jari telunjuk anda dimana anda boleh mengangkat jari tersebut. Jari telunjuk adalah mewakili adik-beradik iaitu, abang, kakak, dan adik.
Mereka ini juga bakal meninggalkan kita kerana komitmen masing-masing dengan keluarga dan hala tuju masing-masing apabila tiba masanya nanti.
Tutup kembali jari telunjuk.
#. Jari Kelingking
Cuba angkat dan buka jari kelingking ini. Memang senangkan untuk dipisahkan kerana ianya mewakili anak-anak anda.
Mereka apabila besar nanti pasti akan meninggalkan kita ke rumah masing-masing dengan komitmen dengan keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda.
Tutup kembali jari kelingking.
#. Jari Manis
Jari yang paling penting dan di tunggu-tunggu jawapannya, kenapa cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis.?
Cuba anda pisahkan jari ini, pasti anda mengalami kesukaran untuk memisahkan jari ini. Itulah sebabnya cincin perkahwinan disarungkan padanya.
Ianya mewakili suami atau isteri anda kerana mak, ayah, adik beradik dan anak-anak akan meninggalkan kita juga nanti tetapi pasangan anda akan terus bersama walau anda berada dalam keadaan susah dan senang.
Pasangan anda ini akan menemani anda sehingga mati dalam hubungan yang sah terbina sebagai suami isteri.
Perkahwinan yang dituntut oleh agama ini terbina bukan sekadar suka-suka kerana hubungan suami isteri ini satu kurniaan dari Pencipta kepada hambaNya yang amat indah.
Cinta bukan sekadar indah pada paras rupa, fizikal dan kekayaan. Cinta yang terbina atas keihklasan, kejujuran dan persefahaman pasti dengan izinNya bahagia sehingga akhir hayat. Kerana cinta dengan keizinan Allah itulah dipanggil Syurga Cinta. - Siakapkeli.my