Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Susulan Guru KAFA Dipecat, Ekhsan Diberi Peluang Untuk Buat Rayuan - JAIS

23 Mei 2015

SHAH ALAM: Guru Kafa muda yang dipecat, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham masih boleh membuat rayuan berhubung pemecatannya, kat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Rayuan sebenarnya boleh (dibuat). Itu prosedur biasa, nak buat rayuan. Tapi ia tertakluk kepada jawatankuasa disiplin untuk lihat setakat mana dia bersetuju dengan nasihat yang diberikan," kata Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Islam) JAIS, Mohamad Amir Danuri dipetik dari Malaysiakini.

Menurut Mohamad Amir, guru muda berkenaan dipecat bukan semata-mata disebabkan provokasi yang dilakukan, sebaliknya terdapat sebab lain yang turut menjadi alasan pemecatannya. 

Antaranya, prestasi pengajaran dan pembelajaran Ekhsan yang mendapat markah rendah dan tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

"Dari segi prestasi ini, memang guru Kafa perlu isi borang prestasi tahunan. Kalau tak silap saya markahnya berada dibawah peratus yang di perlukan.

"Ia dibuat oleh guru besar sekolahnya. Perkara ini memang asing dengan tiga sebab (dipecat) yang lain," kata Amir lagi. 

Ekhsan semalam menyifatkan tindakan pemecatannya sebagai sesuatu yang kejam, sedangkan beliau hanya mahu menuntut janji kerajaan negeri berhubung kenaikan elaun guru Kafa seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Ekhsan dalam pada itu berkata akan membuat rayuan namun tidak akan mengaku salah. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "