Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sudah Kurang Minat Dengan PAS, Mat Taib Bakal Keluar Parti?

23 Mei 2015


SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyatakan beliau sudah kurang 'berminat' dengan PAS, sekaligus menimbulkan tanda tanya apakah pemimpin itu akan bertindak keluar parti. 

Memetik laporan Malaysiakini, Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, beliau berasa sungguh kecewa kerana parti Islam itu kini seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam. 

Ini katanya berbeza dengan pendekatan yang diamalkan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang saling menghormati tanpa memilih bangsa atau agama. 

"Kita mahukan seorang tokoh warak seperti Allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang sayang kepada dia. Orang Buddha sayang, Hindu sayang. Kita kita tak lagi nampak macam tu," katanya.

Mat Taib berkata beliau sebelum ini sangat berminat dengan PAS.

"Kini tak berminat sangat," katanya.

Mat Taib juga mendedahkan, perkara berkenaan menjadi antara sebab yang mendorong Datuk Tamrin Ghafar meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Tamrin dah meninggalkan PAS. Kata beliau, PAS sekarang mengarut. Saya masih mahu menunggu keputusan pemilihan dalam muktamar nanti," katanya.

Untuk rekod, Mat Taib menyertai PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, dua tahun lalu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "