Menatap wajah anak kecil ini, sayu dapat dirasakan hati ini takkala memikirkan nasib anak kecil ini bersama lapan orang adik beradik dan ibu mereka yang hilang tempat bergantung selepas pemergian bapa mereka mengadap yang maha Esa.
Lahir ke dunia selepas beberapa hari kehilangan bapa, anak kecil ini tidak sempat menatap wajah bapanya itu, bapanya Wan Jamal Anasir Wan Badri telah meninggal selepas empat minggu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.
Arwah telah meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan selang beberapa hari isterinya telah melahirkan bayi ini dan kini isteri sedang berada dalam pantang .
Bapanya sebelum ini disahkan terdapat lima ketumbuhan di dalam kepalanya dan arwah telah selamat dikebumikan di Bukit Beruang Air Keruh Melaka. Arwah meninggalkan sembilan orang anak tersayang termasuk bayi ini yang belum sempat mengenal ayahnya ini.
Anak-anak arwah bersama nenek mereka wan robiah binti wan mustpha
Dari sembilan adik beradik ini lapan orang masih bersekolah dimana anak sulung berada di tingkatan 5 ,dan nombor 8 masih di tadika manakala yang bongsu adalah bayi ini baru dilahirkan.
Apapun takziah SK ucapakan kepada keluarga ini. Semoga anak-anak ini membesar dengan sempurna.
KEMASKINI: Menurut adik kepada ibu bayi ini ketika menghubungi pihak Siakapkeli, si ibu mempunyai pekerjaan di sebuah hospital dan beliau nafi mohon bantuan dari orang ramai. Menurutnya lagi mungkin ada pihak(saudara terdekat) yang cuba menanggup di air yang keruh telah menyebarkan nama dan nombor akaun untuk bantuan. - Siakapkeli.my