Beifang, China: Gara-gara terlihat seorang pelajar perempuan cuba membunuh diri dengan terjun dari bagunan, pelajar-pelajar lelaki di sebuah Universiti di China bertindak nekad dengan berkumpul sambil membuat jaringan selimut bagi menyelamatkannya jika terjun.
Kejadian berlaku ini Universiti Beifang yang terletak di wilayah autonomi Ningxia Hui di barat laut China yang dikatakan pelajar perempuan tersebut telah bersiap sedia untuk terjun dari bumbung bangunan.
Seorang pelajar, Zhang Ming berkata, sebaik mengetahui mengenai perkara itu, pelajar lelaki mengalihkan basikal yang diletak dibawah bangunan berkenaan dan dengan pantas merentangkan 20 selimut.
Mereka yang ada juga merupakan kenalan pelajar perempuan tersebut berharap dapat menyelamatkan dia jika terjun.
Bagaimanapun, seorang guru dengan bantuan bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengheret pelajar terbabit dari bumbung bangunan.
Punca pelajar perempuan itu handak bunuh diri dikatakan kerana tertekan akibat baru putus cinta.
Pengguna laman sosial China memuji tindakan pantas pelajar lelaki berkenaan dan menggelar mereka ‘abang selimut.’ - Siakapkeli.my