Nelayan Peru berjaya Daratkan Pari Gergasai Seberat 1000 Kilogram
Sekumpulan nelayan yang menangkap ikan di rantau Tumbe utara Peru telah berjaya membuat satu tangkapan yang amat mengejutkan apabila telah berjaya menaikkan seekor pari gergasi pada hujung minggu lalu.
Akhbar tempatan melaporkan nelayn-nelayan tersebut berjaya menaikkan seekor pari gergasia seberat 1000 kilogram.
Pari itu ditemui di teluk La Crove di perairan utara berhampiran sempadan dengan Ecuador.
Pihak berkuasa marin Peru telah dilaporkan telah berhubung dengan kumpulan nelayan tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai penemuan mereka itu.
Menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi ikan pari yang ditangkap tersebut merupakan antara pari yang terancam spesisnya. - Siakapkeli.my