Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dulu Kerja Kilang Sambil Pasang Pelamin Rumah Orang, Siapa Sangka Kini Punya 'Bangunan' Sendiri

10 Feb 2020
No Comment
Bukan senang nak jadi senang. Pelbagai cabaran dan halangan perlu ditempuhi untuk mencapai kejayaan hari ini. Siapa tahu kekayaan mahupun kejayaan seseorang itu dicapai dengan titisan keringat dan air matanya sehari-hari. 

Ramai yang nak mulakan perniagaan tapi masih tidak berani. Mungkin takut rugi, tak kurang juga yang masih mencari perniagaan apa yang sesuai dengan trend masa kini.

Pun begitu, hari ini kita lihat ramai usahawan-usahawan melayu yang semakin berjaya membawa nama masing-masing ke persada dunia. Bak kata orang dulu-dulu, tuah ayam nampak di kakinya, tuah manusia pula siapa yang tahu.

Kisah pasangan usahawan ini tak kurang hebatnya sehingga diiktiraf beberapa anugerah dibawah pencapaiannya sebagai syarikat yang membekalkan barangan perkahwinan. 

Siapakah mereka?

Terkenal sebagai pembekal barang pelamin, Cinta Dua Mall yang diasaskan oleh pasangan Razikin Md Ardani dan Zakiah Bahari semakin menempa nama didalam industri ini. Pernah menjalani kehidupan yang susah sehingga tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Razikin pernah bekerja di sebuah kilang selama 20 tahun dan pada masa yang sama isterinya berjinak-jinak menjalankan perniagaan butik pengantin.



Sepanjang tempoh itu, setiap kali habis kerja di kilang, Razikin dan isteri memerah pula tenaga memasang pelamin di rumah pelanggan. 

Masalah yang dilihat daripada perniagaan butik pelamin itu menjadi titik-olak kepada kejayaan Cinta Dua Mall hari ini apabila Razikin meletakkan jawatan di kilang dan membuat keputusan untuk terus fokus dengan perniagaan baru sebagai pembekal barangan pelamin.



Daripada seorang pekerja, syarikat itu kini mempunyai 14 orang pekerja yang membantu mereka menguruskan setiap permintaan produk pelanggan. 

Bukan itu saja, kedai kecil yang dulunya menjadi ‘rumah’ kedua pasangan itu kini sudah berubah lebih besar dan mewah dengan pelbagai variasi hiasan serta barangan pelaminan yang sentiasa menjadi rebutan pelanggan.


“Saya amat bersyukur dengan satu persatu kejayaan dan impian saya selama ini tercapai. Saya juga telah pun dianugerahkan sebagai Titanium Award, Azizan Osman (Most Consistent Achievement Award) pada 2018 dan beberapa anugerah dari BritisPedia.  Selain itu mereka turut tersenarai di dalam Majalah Top 10 Malaysia dan diterbitkan di seluruh kedai buku di Malaysia. Bagi saya, itu juga satu anugerah yang terindah tak pernah saya rasa sebelum ini.”



“Nasihat saya kepada usahawan baru, anda haruslah ada mentor dan rujukan yang bagus tentang ilmu perniagaan. Sentiasa ‘confident’ dan kerja kuat serta fokus untuk berjaya Sentiasa juga belajar benda baru biar kita tidak ketinggalan dalam media sosial. Memandang teknologi sekarang sangat pantas.  Bertukar cara pengurusan perniagaan secara online.”

“Harapan Cinta Dua Mall lebih dikenali di seluruh dunia seperti jenama-jenama terkenal yang kita semua tahu.”
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "