Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Mana Aku Ada Banyak Duit Macam Tu? Tak Kan Nak Kena Minta Sedekah Pulak?"

20 Okt 2019
No Comment

"Mana aku ada duit banyak tu! Tak kan nak kena minta 'sedekah' pulak?"

Dialog seperti ini sering berlegar dalam fikiran bila terpaksa cari alternatif lain selain duit simpanan sendiri yang tak seberapa untuk bayar kos rawatan hospital mahupun kos kerosakkan kemalangan.

Apatah lagi jika ditimpa malang sehingga menyebabkan kematian mahupun kecacatan kekal. Tak terfikir ke macam mana suami atau isteri yang akan bersusah payah menanggung beban sara hidup?

Belum pula teringatkan makan dan pakai anak-anak selepas kehilangan yang besar. Lebih sanggup pinjam duit orang ke daripada ada simpanan sendiri?

Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Inilah realiti sebenar, sehingga kini masih ada segelintir daripada kita yang masih tidak ada kesedaran terhadap kepentingan insurans.

Dialog ini biasa kita dengar dan setiap kali soalan ini diutarakan, pasti yang berlegar dalam fikiran kita adalah, 'mereka ini (ajen) hanya mahu kejarkan duit kita.

Ejen: "Tak nak buat insurans ke bang? Nanti kalau sakit, kesian dekat anak, bini nak cari duit mana? Sakit sikit-sikit, setakat demam tu tak pe lah bang. Buatnya kena masuk hospital, dibedah pulak. Banyak kos tu.

Ejen: "Tu belum lagi apa-apa jadi dekat abang. Kita tak mintak lah tapi siapa sangka terlibat dalam kemalangan sampai sebabkan kematian atau hilang upaya kekal. Kesian isteri abang, dia pula nak kena tanggung anak-anak. Mana nak cari duit? Tak terfikir ke pasal tu bang?"

Prospek: "Takpelah bro. Selagi boleh berdoa minta sihat tubuh badan, dijauhkan perkara tak elok, kita doalah. Kalau benda nak jadi, dia jadi jugak. InsyaAllah, aku tawakal dan berdoa tuhan tu jaga anak bini aku.


via GIPHY

Ejen: "Kalau macam tu kenapa abang pergi kerja hari-hari?"

Prospek: "Laa, kena lah kerja. Nanti anak bini aku nak makan apa?"

Ejen: "Oh, kenapa abang tak duduk je tawakal kat rumah? Tuhan jagalah makan minum abang dengan anak bini nanti."

Ha, sentap kan kalau baca?

Pernah terfikir tak kenapa kena ambil insurans? Sebenarnya ada banyak kelebihan kalau ada insurans. Tambah-tambah bila nak difikirkan kos bayaran perubatan yang bukan RM10, RM20 tau. Kadang-kadang beribu-ribu ringgit.

Tambah pula, sekiranya kita meninggal dunia esok hari, adakah keluarga kesayangan kita akan dilindungi daripada aspek kewangan? Kalau kita pasti mereka akan hadapi kesukaran kewangan selepas pemergian kita, jelaslah insurans itu sangat penting dan perlu diambil.



Manfaat selepas kematian atau hilang upaya kekal (atau TPD) akan menggantikan pendapatan dan juga membantu keluarga kita menangani keperluan kewangan yang lain.

Janganlah sampai nak kena mengemis nanti baru ingat nak ambil insurans. Bila ada insurans ni dapatlah cover sikit sebab malang tak berbau.

Tak rugi ambil insurans, sebab dijamin akan memudahkan kita di hari yang mendatang. Biasa kita dengar insurans ni biasanya ratus-ratus sebulan. Tapi, korang akan terkejut dengan produk perlindungan GoLife Plus dengan harga serendah..

RM13 SAHAJA.

GoLife Plus ini merupakan pelan insurans dengan perlindungan sehingga umur 50 tahun dan menawarkan bayaran manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) ke atas orang yang diinsuranskan akibat semua/segala sebab.

Selain itu, pelan ini turut menawarkan perlindungan tambahan sekiranya berlaku kematian atau TPD akibat penyakit-penyakit berjangkit tertentu merujuk kepada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, Ensefalitis Jepun, Selesma Avian ataupun jangkitan Virus Zika.

Apa yang menariknya korang ditawarkan dengan perlindungan premium sehingga RM76,000 namun dengan harga yang sangat mampu bayar.


Apakah ciri-ciri GoLife Plus yang korang perlu tahu?

1. Tempoh semakan percuma
Istimewanya perlindungan ini, korang boleh batalkan e-sijil dalam masa 60 hari daripada tarikh penghantaran e-sijil pertama. Sebarang premium yang dibayar oleh pemilik sijil akan dibayar balik jika pemilik sijil membatalkan perlindungan insurans semasa tempoh semakan percuma.

2. Proses tuntutan 
Pelanggan boleh memuat turun borang tuntutan di www.sunlifemalaysia.com

3. Pembatalan bila-bila masa (No commitment no problem)
Pelanggan membayar pilihan premium tanpa terikat dalam jangka masa yang panjang.


Macam mana nak memohon?

Korang boleh memohon perlindungan GoLife Plus ini dengan GoPayz yang memudahkan pengguna untuk mendaftar, melakukan pembayaran, membuat tuntutan dan menguruskan hanya dengan satu platform.

GoPayz ni kalau korang nak tahu, ia lebih daripada sekadar e-wallet kerana pengguna boleh membeli insurans hayat GoLife Plus pada RM13 sebulan. Tak caya? Jom tengok details dekat bawah ni.






Kalau korang tengok dekat atas ni, GoLife Plus menawarkan polisi insurans hayat dengan beberapa kebaikan dan perlindungan seperti kematian disebabkan semua sebab dan penyakit berjangkit, hilang keupayaan, perbelanjaan dan perubatan bagi penyakit berjangkit serta penyakit berjangkit dengan manfaat harian hospital.




Tak perlu fikir banyak kali, daripada korang habiskan RM13 tu dekat benda lain baik korang sumbangkan sikit jumlah tu untuk perlidungan terbaik masa hadapan.



Kita tak tahu apa akan jadi esok lusa. Apa yang penting kita dilindungi.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web ni bagi menikmati perlindungan pada kadar harga terendah dengan ganjaran terbesar. Korang juga boleh install aplikasi GoPayz pada telefon bimbit untuk memudahkan urusan.

Google Play Store
Apple App Store

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "