Laa..Kalau korang nak tahu, inilah gerakan terbaru daripada jenama elektronik terkenal Coway yang sekarang dah beralih arah ke dunia K-pop untuk kempen baru dorang 'CodyNation'.
Kempen ini menggunakan Adibah Noor sebagai 'Coway Lady' bersempena perkhidmatan selepas jualan (after sales service) oleh 'army' Coway.
Korang dah tengok ke belum video ni? Jom tengok dulu.
Sedap pulak lagu Wondergirls - Nobody, Nobody ni jadi lagu Coway. Terikut-ikut dah lirik dia,
We speedy, expert, caring, alert
How could you be with another?
You don't want any other
You need nobody, nobody, nobody
Untuk korang yang tak tahu apa itu 'after sales service' oleh Coway ni, ia merupakan perkhidmatan penyelenggaraan setiap dua (2) bulan sekali selepas korang beli mana-mana produk daripada Coway.
Menggunakan empat (4) elemen terpenting; speedy, expert, caring, alert, Coway menjanjikan produk serta perkhidmatan terbaik buat para pengguna. Korang yang dah pasang Coway tu mesti tahu kan betapa pantasnya dorang buat kerja.
Bagi korang yang belum atau nak cuba pasang produk Coway ni, korang mesti nak tahu apa istimewa Coway ni berbanding jenama elektronik lain kan? Nah, ini dia.
- Perkhidmatan berkala setiap dua (2) bulan.
- Lebih 5,000 Cody seluruh negara untuk mengekalkan produk Coway korang berada pada kondisi yang terbaik.
- 20 tahun pengalaman perkhidmatan sejak tahun 1999.
- Profesionalisme yang diperakui dengan 50 latihan dan peperiksaan.
- Penghantaran terus ke pintu.
- Perkhidmatan penyelenggaraan cemerlang.
- Kebersihan dijamin.
Orang cakap sekarang ni, 1 rumah mesti ada 1 Coway. Tak kisah lah penapis air atau penapis udara, produk Coway terbukti membantu dalam mempermudahkan kerja kita seharian. Tak payahlah nak jerang air atas api lagi. Tekan je dah keluar air. Nak bancuh susu anak pun cepat. Nak air panas, tekan air panas. Mudah!
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan, boleh terus ke laman web rasmi Coway atau Facebook Coway.