Satu lagi, orang Malaysia memang suka benar dengan perkataan sale. Betul tak? Sebut pasal sale, Mitsui Outlet Park (MOP) KLIA Sepang baru-baru ini memaklumkan pihaknya akan membawa kembali MOP KLIA Sepang Super Sale dengan tawaran DISKAUN SEHINGGA 90 PERATUS, selama 4 HARI bermula 30 OGOS HINGGA 2 SEPTEMBER bertempat di MOP KLIA, SEPANG.
Jadi, anda tak perlu risau kerana setiap kali MOP KLIA Sepang buat sale, diskaun yang diberikan adalah untuk semua produk-produk berkualiti tinggi dan ia menjadi alasan paling kuat untuk anda tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini.
Ok, kat bawah ni antara diskaun-diskaun menarik, tawaran-tawaran istimewa dan juga potongan harga tak masuk akal dari setiap store yang anda boleh dapatkan bersempena MOP KLIA Sepang Super Sale nanti:
- Outlet Club21 - Untuk 4 HARI, DISKAUN yang ditawarkan sehingga 80 PERATUS.
- Versace – Private sale, dengan DISKAUN ISTIMEWA untuk semua pakaian ready-to-wear Lelaki dan Wanita, beg tangan, kasut dan aksesori-aksesori diri yang lain.
- Ermenegildo Zegna – Untuk 4 HARI dengan potongan harga minimum 50 sehingga 60 PERATUS.
- Bally – Direct Purchase dengan potongan sebanyak 20 PERATUS.
- Beauty Scents – Potongan harga sebanyak 50 PERATUS untuk pembelian botol minyak wangi kedua.
- Dockers – Beli 2 Percuma 1.
- PUMA – Diskaun sehingga 62 PERATUS untuk kasut-kasut terpilih dan harga jualan RM 62 untuk pakaian terpilih.
- Rip Curl – Potongan sebanyak 15 PERATUS jika anda membeli 3 ITEM & KEATAS , 25 PERATUS jika anda membeli 5 ITEM & KEATAS.
- A-Look Eyewear - Promosi BELI 1 PERCUMA 1
Kalau Bonia Shoes Fair pula, semua pengunjung lelaki tak kira LELAKI mahupun WANITA, anda bakal 'disajikan' dengan diskaun sehingga 60 PERATUS untuk pelbagai jenis kasut-kasut berkualiti tinggi. Yang mana merancang nak buat hantaran kahwin, boleh la berkunjung ke Bonia Shoes Fair taw.
Nanti dulu, bukan tu je tawaran-tawaran menarik yang MOP KLIA Sepang tawarkan sempena Super Sale kali ni tau. Ada banyak lagi antaranya adalah MERDEKA SUPERBIKE SALE. Bagi semua rider yang berhajat nak upgrade motosikal masing-masing, anda berpeluang untuk mendapatkan REBAT bernilai sehingga RM 2,000 tau. Boleh tengok kat poster bawah ni.
Tak cukup dengan diskaun 90 PERATUS dan REBAT RM 2,000, MOP KLIA Sepang Super Sale menawarkan pelbagai lagi peluang-peluang menarik yang pastinya langsung tidak merugikan anda.
Dahla jual dengan harga diskaun kaw-kaw, yang bestnya anda juga berpeluang untuk memenangi Instant Reward with CashBack dengan pulangan DUA KALI GANDA. Lagi satu, anda juga boleh turut serta dalam Spin & Win Suprise Gift. Syaratnya mudah sahaja, anda cuma perlu berbelanja sebanyak RM 200 sekurang-kurangnya dalam 2 resit sahaja.
Selain itu, anda juga boleh menebus pelbagai minuman dan manisan di MOP KLIA Sepang melalui Hourly Special Giveaway sekiranya anda berbelanja minima RM 100 dalam satu resit.
Fuhhh, banyak betul tawaran-tawaran menarik MOP KLIA Sepang offer kali ni, tapi kalau anda rasa tu dah cukup, anda memang silap sebab ada lagi yang belum kami kongsikan dengan anda taw.
Haaaa, kalau anda minat bergambar, Instagram Campaign ni memang dianjurkan khas untuk anda taw. Nanti bila ke sana, jangan lupa untuk mengambil gambar di PHOTO BOOTH ya. Kalau gambar anda cukup kreatif, anda berpeluang untuk memenangi baucar bernilai RM 300. Mungkinkah anda salah seorang daripada 100 orang pemenang yang bertuah? Siapa tahu kan.
Okay, mungkin ada dalam kalangan pembaca kami yang taknak lepaskan peluang Super Sale dan nanti bercadang untuk MOP KLIA Sepang menggunakan Grab, ada berita baik untuk anda. Setiap hari, MOP KLIA Sepang akan memberikan baucar Grab bernilai RM 20 untuk seratus pengungjung terawal. Apa pun, baucar ini Cuma untuk tempoh 4 hari je, jadi anda tak boleh lepaskan peluang ini ok.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan facebook Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.