"Terkejar-kejar Naik LRT, Tak Sempat Berbuka Dengan Keluarga," Coway Laksana Inisiatif Murni Agih Keperluan Berbuka Untuk Orang Awam
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang digalakkan untuk melaksanakan amal jariah sebaiknya dalam mengimarahkan lagi kedatangan bulan mulia ini setiap tahun.
Membuat kebaikan tidak semestinya menggunakan modal mahupun wang yang besar, namun dengan hanya sekecil perbuatan, siapa tahu ia mampu meringankan beban individu tersebut.
Itu yang cuba diterapkan Coway Malaysia apabila gerakan membantu pengguna harian perkhidmatan awam yang tidak sempat untuk berbuka puasa bersama keluarga kerana kesibukan kerja.
Prihatin dengan kesibukan warga kota setiap hari, serta ingin meringankan beban mereka, Coway Malaysia menganjurkan program 'Pek Murni Coway' dengan membekalkan keperluan untuk mereka berbuka puasa sambil menunggu kedatangan bas atau kereta api.
Dengan menggunakan konsep bantuan on-the-go ini, Coway bergerak menyantuni golongan ini di tempat-tempat utama perkhidmatan awam seperti KL Sentral dan beberapa stesen bas sekitar Lembah Klang.
Inisiatif ini diambil selepas menyedari ramai orang awam yang menunggu perkhidmatan awam di kawasan ini tidak sempat pulang ke rumah tepat pada waktunya kerana perlu bersesak dengan orang lain untuk menaiki bas atau kereta api setiap hari selepas habis waktu bekerja.
Oleh itu, Coway Malaysia menggunakan kesempatan itu untuk membantu mereka yang sibuk, penat berpuasa seharian dan tidak dapat berbuka secara sempurna dengan memberikan pek murni.
Mungkin gerakan ini nampak simple, tapi ia sangat bermakna buat mereka yang benar-benar tidak berpeluang membeli makanan berbuka dan bersyukur dapat alas perut dengan barangan keperluan yang disertakan dalam Pek Murni Coway.
Barangan yang disertakan dalam pek murni tersebut termasuk, air mineral, kurma, tisu basah, dan peket sampul raya.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif murni yang dijalankan oleh Coway ini, anda boleh klik di sini Coway.