Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sambil Isi Minyak Nak Pergi Kerja, Korang Boleh Beli Sarapan Pagi Di Kedai Mesra PETRONAS Dengan Serendah RM3

3 Jun 2018
3 ulasan

Setiap hari pergi kerja, kita terpaksa lakukan dua tiga kerja dahulu seperti hantar anak ke sekolah, berhenti beli sarapan untuk anak-anak dan berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak, jadi bayangkan betapa sibuknya anda setiap pagi sebelum sampai ke tempat kerja untuk mencari rezeki.

Jadi, untuk memudahkan urusan pagi hari anda, pihak PETRONAS kini menawarkan kombo sarapan pagi Mornings@Mesra dengan Mesra Bites di Kedai Mesra di mana pelbagai menu sarapan pagi ditawarkan bagi anda yang sedang menuju ke tempat kerja atau pun menghantar anak ke sekolah dengan harga yang amat berpatutan.

Apa yang menarik, bagi mereka yang berpuasa, anda boleh jadikan stesen PETRONAS sebagai lokasi mencari makan untuk bersahur dan juga berbuka puasa di mana harga yang ditawarkan bermula serendah RM3 ini boleh didapati di kira-kira 450 stesen PETRONAS dan Kedai Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdapat beberapa variasi makanan untuk dipilih iaitu makanan berat seperti Big Bites berasakan makanan istimewa tempatan dan pilihan sama ada kopi panas, minuman tin Nescafe, atau Milo, dengan harga RM5.


Bagi mereka yang memilih sesuatu yang lebih ringan dan lebih sihat, kedua-dua menu Light Bites dan Happy Bites menawarkan pilihan mana-mana roti Mesra Bites dan minuman yang berharga RM3 termasuk kopi panas atau minuman tin Nescafe.


Manakala menu Happy Bites sesuai untuk kanak-kanak, ia menawarkan pilihan produk makanan "signature buns" PETRONAS tersendiri seperti sandwich kaya, cheese stick atau bun bilis dengan minuman coklat.



Jadi, apa yang ditawarkan oleh PETRONAS ini sudah pasti memudahkan kerja seharian anda, selain isi minyak, anda dapat membeli barangan keperluan dan turut boleh mendapatkan makanan di Kedai Mesra PETRONAS terutamanya pada bulan puasa ini kerana boleh didapati semasa sahur dan juga waktu berbuka puasa.

Kombo sarapan pagi Mornings @ Mesra baru boleh didapati di sekitar 450 Stesen PETRONAS dengan Kedai Mesra di Malaysia.


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh terus ke stesen PETRONAS terdekat atau layari laman www.mymesra.com.my.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Buat yang suka bola, mari daftar di agen judi bola online
    www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "