Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-Gara Bau Badan Penumpang Terlampau Busuk, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

1 Jun 2018

Sebuah pesawat Transavia yang dalam perjalanan menuju ke pulau peranginan Gran Canaria terpaksa melakukan pendaratan cemas, gara-gara penumpang pesawat tidak tahan dengan bau badan salah seorang lelaki yang dikatakan terlampau busuk.

Bau yang sangat teruk itu menyebabkan penumpang lain yang duduk berhampiran lelaki tersebut mula mengalami muntah hingga ada yang pitam. Menurut mereka, lelaki itu 'berbau' seperti tidak mandi selama berminggu.

Gambar Hiasan


Menurut sumber, kakitangan Transavia dilaporkan terpaksa 'mengkuarantikan' lelaki tersebut di dalam tandas pesawat Boeing 737 itu sebelum juruterbang diminta melakukan pendaratan cemas di Faro di selatan Portugal.

Sementara itu, seorang penumpang warga Belgium, Piet van Haut menyifatkan bau lelaki tersebut tidak dapat ditahan.

"Dia seperti tidak mandi selama beberapa minggu, sehingga membuatkan penumpang lain mengalami sakit dan muntah," katanya.

Dalam pada itu, Transavia mengesahkan pendaratan kecemasan tersebut dan mengatakan ia disebabkan oleh "faktor perubatan."

Jurucakap Transavia berkata: "Pesawat itu dilencongkan kerana sebab-sebab perubatan, tetapi memang betul dia berbau sedikit."

Sumber : jarahgist.com

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "