Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Wanita Terkejut Lahirkan Bayi 'Plastik', Kulit Berkilat Dan Sukar Bernafas Hidapi Penyakit Jarang-Jarang Berlaku

29 Mei 2018

Sepasang suami isteri di India bergegas ke 3 buah hopital untuk mendapatkan rawatan setelah mendapati bayi mereka yang baru lahirkan mempunyai kulit yang sangat janggal seolah-olah plastik.

Bayi tersebut dibawa ke hospital yang jaraknya 100 batu daripada rumah setelah doktor yang merawat mendapati bayi itu memerlukan pengawasan pakar dengan segara.

Bayi yang masih belum dinamakan itu menderita penyakit Lamellar ichthyosis yang mana penghidapnya mempunyai kulit yang tegang, berlilin dan berkilat seolah-olah plastik.


Anita Devi, 23, dan Alakhram Yadav, 25, segera berjumpa dengan doktor beberapa jam selepas Anita melahirkan bayi mereka apabila kulit bayi itu kelihatan tidak normal dan menghadapi kesukaran untuk bernafas.

Bayi itu kemudian dihantar untuk mendapatkan rawatan di Lucknow, kira-kira 300 batu daripada New Delhi, di mana doktor tidak mengenakan sebarang bayaran untuk merawat bayi tersebut.

Pakar perubatan berkata bayi tersebut mengalami satu penyakit yang sangat-sangat jarang berlaku dan kini hidup dengan alat bantuan pernafasan, namun mereka memberitahu kepada Anita dan Alakhram bahawa bayi itu mempunyai peluang untuk hidup.

Pasangan terserbut menetap di kawasan pedalaman berhampiran dengan sempadan Nepal, di kampung Binhoni Kalan di negeri Uttar Pradesh.

''Selang beberapa jam selepas isteri saya melahirkan anak itu, kami mendapati kulitnya sedikit berbeza dengan bayi-bayi yang lain. Kulitnya sedikit berlilin dan berkilat, seolah-olah plastik. Bayi kami juga sukar bernafas,'' kata Alakhram.


Menurut doktor, keadaan yang dialami bayi itu berlaku disebabkan mewarisi kejanggalan genetik yang dikenali sebagai lamellar ichthyosis yang hanya menyerang seorang daripada 600,000 orang.

Bayi yang lahir dengan kondisi kekal sebegitu akan mempunyai kulit yang tegang, berlilin dan berkilat seperti plastik.

Kanak-kanak itu kemudian ketika membesar akan mengalami masalah penuaan kulit yang ekstrem, biasanya disebabkan genetik yang diwarisi daripada ibu bapa yang bertindak sebagai pembawa genetik tersebut, namun tidak mengalami masalah itu.

Walaupun ia tidak berjangkit, namun sehingga kini dunia perubatan masih belum menemui penawar kepada masalah itu.

Antara masalah lain yang bakal ditanggung oleh mereka yang menghidap penyakit ini adalah masalah keguguran rambut, sukar untuk membengkokkan jari, badan cepat panas, masalah penglihatan dan kulit yang menghalang pengudaraan.

''Bayi itu mempunyai kulit yang tegang, berlilin, dan berkilat menyerupai plastik, satu keadaan yang dikenali sebagai collodion membrane.



''Bayi itu kini bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Keadaannya semakin baik dan berkemungkinan dapat meneruskan hidup.

''Keadaan bayi ini sangat-sangat jarang berlaku. Dalam pengalaman saya selama 9 tahun bertugas sebagai pakar perubatan, ini adalah kali pertama saya berhadapan dengan pesakit seperti ini,'' kata Dr Shishir Agarwal.

Ujarnya lagi, keadaan kulit yang dialami oleh kanak-kanak itu adalah masalah kekal dan ia sangat menyakitkan.

''Bagi ibu bapa yang mempunyai anak dengan peyakit sebegini perlu memberi perhatian rapi kepada bayi tersebut memandang mereka amat mudah terdedah dengan jangkitan penyakit terutama penyakit bawaan air dan udara,'' katanya lagi.





Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games]

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "