Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Terpengaruh Dengan Permainan Popular, Remaja Akui Bunuh Wanita Kerana Ingin Rasa Pengalaman Membunuh Di Dunia Sebenar

3 Mei 2018

Seorang remaja lelaki Russia yang obses dengan pembunuhan di dalam permainan komputer mengakui membunuh seorang pelajar wanita kerana mahu merasai sendiri pengalaman membunuh di dunia nyata.

Alexey Maximov, 15, menikam mangsa Daria Evdokimova, 21, beberapa kali selepas mengekori mangsa yang baru sahaja mengeluarkan duit daripada Mesin Pengeluaran Wang (ATM) di Moscow. Mangsa mati ditempat kejadian.


Suspek mengakui menikam mangsa beberapa kali di bahagian leher, mata, kepala dan dada.

Suspek turut memberitahu dia menggunakan pisau dapur untuk melakukan satu senario di dalam permainan komputer kegemarannya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.


Tindakan suspek mengekori mangsa pada saat-saat akhir sebelum pembunuhan tersebut berlaku berjaya dirakam kamera pengawasan litar tertutup (CCTV).

''Saya tidak berniat untuk membunuhnya, tetapi suara di dalam diri memberitahu saya apa yang saya perlu buat.

''Saya selalu ingin melihat bagaimana seseorang itu mati disebabkan tangan saya,'' kata suspek.

Suspek kemudian turut mengakui lari meninggalkan lokasi kejadian setelah mengambil wang mangsa berjumlah RM 1873 (30,000 Roubles).


Ketika kejadian, terdapat anggota polis yang meronda di kawasan kejadian dan melihat serangan tersebut berlaku, namun suspek berjaya melarikan diri sebelum sempat ditahan.

Lokasi suspek kemudian berjaya dijejaki pihak berkuasa yang mengesan pergerakkan suspek menggunakan CCTV dan isyarat daripada telefon bimbitnya. Suspek yang ditahan dirumahnya dilaporkan sedang bermain permainan popular Player Unknown Battlegrounds (PUBG) ketika diserbu pihak berkuasa.

''Ketika polis datang untuk menhannya, dia ssedang bermain permainan kegemarannya seperti biasa, membunuh seseorang di dalam permainan itu.

''Suspek tidak melawan dan mengakui perbuatan jenayahnya. Seperti yang dilaporkan pihak polis, dia cuba mengikuti satu senario permainan komputernya,'' lapor media tempatan.

Menurut polis, mangsa merupakan seorang pelajar universiti di Moscow. Teman lelaki mangsa tiba di lokasi selepas kejadian dan terkejut melihat mangsa yang sudah tidak bernyawa.


Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "