Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Nak Cuba Rasa Kuih Viral 'Kerbau Guling' Waktu Berbuka Nanti? Ini Resepinya, Mudah Je

29 Mei 2018

Viral baru-baru ini juadah dengan nama unik mendapat sambutan hangat di Kelantan iaitu kuih 'kerbau guling'.  Dengar namanya sahaja boleh berkerut dahi, belum rasa lagi. 

Kuih ini telah tular di media sosial apabila rata-rata yang mencuba terpukau dengan keunikan rasa yang tersisip didalam hidangan ini.


Ia dikatakan juadah yang berasal dari Thailand, dipanggil sebagai Kuih Hitam atau Koleh Hitam.  Kuih ini mempunya tekstur lembut seperti kuih Kaswi yang juga disalut bersama kelapa.  Nak tahu macam mana nak buat kuih 'Kerbau Guling' ni?  Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan.

Bahan-bahan:
  • 250gm tepung beras
  • 150 gm tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras pulut
  • 200 gm gula
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air 1 liter setengah
  • Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
  • Secubit garam

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.

Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.

Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games]

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "