Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Saya Punca Kekalahan Pasukan Saya'', Loris Karius Buka Mulut Selepas Jadi Punca 'Magis Istanbul' Impian The Red Terkubur

27 Mei 2018

Penjaga gol yang paling disebut-sebut saat ini, Loris Karius akhirnya membuka mulut berkongsi mengenai mimpi ngerinya yang berlaku awal pagi tadi (waktu Malaysia) ketika turun beraksi menjaga gawang Liverpool menentang Real Madrid dalam penentuan juara Liga Juara-Juara Eropah 2017/2018.


Dua kesilapannya meranapkan impian berjuta-juta penyokong The Red yang mengharapkan Magis Istanbul berulang sekali lagi, kali ini di bumi Kiev, Ukraine. Aksi amatur yang dipamerkan Karius pagi tadi berjaya mengangkat lagenda Real Madrid, Zinadine Zidane yang kini bergelar Jurulatih skuad Los Blancos itu untuk menjadi jurulatih pertama menjulang trofi berprestij untuk tiga kali berturut-turut.

Malah Real Madrid sendiri menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya merangkul gelaran 'hat trick' Raja Kelab Eropah itu selepas Bayern Munich melakukannya pada era 70-an. Bale yang hadir dari baku simpanan, menjaring dua gol dengan satu gol mungkin paling dikenang dalam perlawanan akhir terus diangkat menjadi Pemain Terbaik perlawanan akhir - dan ya, dia cuma beraksi selama 13 minit.

Namun yang pasti, buat peminat Liverpool dan barisan pemain serta kejurulatihannya, malam bersejarah Real Madrid adalah bencana bagi mereka.

''Saya rasa kosong ketika ini. Hari ini, saya menjadi punca kepada kekalahan pasukan saya.

''Saya memohon maaf kepada semua, kepada rakan sepasukan dan kepada kelab. Kami kehilangan kejuaraan kerana kesilapan yang saya lakukan.



''Jika saya dapat undurkan masa, saya pasti akan lakukan. Saya merasa sangat bersalah dengan pasukan, saya tahu saya mengecewakan mereka hari ini,'' kata Karius.

Walaupun berasa sangat kecewa, Karius mengakui bahawa ia adalah sesuatu yang perlu dilaluinya sebagai penjaga gol.

''Ia sangat sukar untuk saya hari ini, tetapi itulah kehidupan yang perlu dilalui oleh penjaga gol. Anda perlu bangkit kembali.

''Namun ketika ini, saya hanya ingin memohon maaf kepada,'' katanya.

Perlawanan rancak yang disajikan oleh kedua-dua pasukan yang terkenal dengan trio serangan menggerunkan di dua liga utama Eropah, La Liga dan EPL bagaimanapun dicemari dengan aksi kasar kedua-dua pasukan apabila ayam tambatan Liverpool, Mohamed Salah terpaksa dibawa keluar Jurgen Klopp dan diganti dengan Adam Lalana.

'Raja Mesir' itu dikhabarkan mengalami kecederaan serius pada bahu dan mungkin terlepas aksi Piala Dunia di Rusia setelah dijatuhkan oleh Sergio Ramos dan dikeluarkan pada minit ke-30.


Berselang 7 minit kemudian, pertahanan skuad Sepanyol, Dani Carvajal pula terpaksa menamatkan perlawanan lebih awal apabila digantikan oleh Nacho.

Dalam perlawanan tersebut, Real Madrid terlebih dahulu menjaringkan gol apabila kesilapan Karius yang mahu menghantar bola kepada rakan sepasukan berjaya ditampan oleh Karim Benzema pada minit ke-50 perlawanan.

Tidak mahu mengalah, Liverpool yang menggandakan serangan kemudian berjaya memperolehi sepakan sudut dan gol terhasil melalu Sadio Mane pada minit ke-54 untuk kembali mengikat Real Madrid.

Perlawanan kemudian mula kelihatan dikuasai oleh barisan bintang Real Madrid yang jelas lebih berpengalaman untuk menyerap tekanan hasil atmosfera yang dibawa oleh penyokong Liverpool yang riuh di segenap penjuru stadium.

Zidane kemudian membuat pertukaran dengan memasukkan Gareth Bale bagi menggantikan Isco yang jelas semakin hilang taring di bahagian serangan. Ia tidak lama untuk Bale mempamerkan kualitinya apabila tendangan 'bicycle kick' menggamatkan suasana stadium pada minit ke-63, hasil hantaran silang yang dibuat oleh Marcelo.

Karius sekali lagi meletakkan rakan pasukannya dalam tekanan apabila cubaanya menumbuk keluar bola rembatam deras Bale berakhir dengan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-82, sekali lagi melalui hantaran yang dibuat Marcelo.

Malam yang penuh dengan duka buat warga Liverpool, tetapi ria buat Real Madrid.

Sumber : The Sun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "