Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengurus Lagenda Mancherster United, Sir Alex Fergusen Alami Pendarahan Otak Selepas Terjatuh Di Rumahnya, Kini Ditahan Di Hospital

6 Mei 2018

Sir Alex Ferguson, 76, pengurus lagenda salah satu kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Mancherster United (MU) dikejarkan ke hospital pada Sabtu akibat pendarahan otak.

Beliau dipercayai terjatuh semasa di rumahnya di Cheshire dan dikejarkan ke hospital setelah wujud kebimbangan mengenai kesihatan dirinya.


Ambulan yang membawa Ferguson yang mesra dipanggil Fergie diiringi polis dibawa ke Salford Royal untuk menjalani pembedahan. Fergie kini dalam jagaan rapi di hospital tersebut.

Keluarga Fergie dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihak mereka bersyukur kerana pembedahan berjalan lancar dan berharap beliau segera sembuh.

Dalam kebanyakkan kes pendarahan otak, tahap keseriusan bergantung kepada betapa cepat pendarahan yang berlaku disedari dan rawatan terima, dengan doktor akan membuat pemantauan berterusan ke atas pesakit selepas pembedahan bagi melihat tindak balas mereka.

''Sir Alex Ferguson telah menjalani satu pembedahan disebabkan pendarahan yang berlaku dalam otaknya.

''Pembedahan tersebut berjalan lancar tetapi beliau memerlukan masa dan penjagaan rapi untuk sembuh kembali. Keluarganya meminta orang ramai menghormati privasi mereka ketika ini,'' MU dalam satu kenyataan.


Berita tersebut yang pantas tersebar dalam dunia bola sepak menerima reaksi pelbagai dalam kalangan individu-individu yang terlibat dalam sukan tersebut.

Antara yang turut terkesan dengan insiden menimpa Fergie adalah Cristiano Ronaldo, yang pernah merangkul pelbagai kejuaraan ketika di MU dalam era kendalian Fergie.

''Doa dan ingatan saya buat anda. Kekal kuat, bos.'' kata Ronaldo yang dipetik daripada akaun Instagramnya.


Beberapa pemain MU turut meluahkan kesedihan terhadap kejadian ini.

''Amat mengejutkan dengan keadaan Sir Aleh Ferguson di hospital ketika ini. Doa dan ingatan kami semua pemain ditujukan kepada anda dan keluarga anda,'' kata kapten MU, Michael Carrick.

Ashley Young yang dibeli dari Aston Villa oleh Fergie pada 2011 turut meluahkan kesedihannya.

''Sedih dengan khabar berita Sir Alex. Tidak tahu untuk berkata apa-apa. Doa dan ingatan untuk kamu dan keluarga kamu.'' katanya.

Seteru lamanya di Arsenal, Arsene Wenger turut tidak melepaskan peluang menzahirkan rasa terkejutnya.

''Saya amat mengambil berat dan memimikirkan mengenainya dan keluarganya. Saya percaya kekuatan dan karakternya akan membantu beliau untuk sembuh kembali,'' ujarnya.

Beberapa kelab bola sepak EPL lain turut mengirimkan doa melalui akaun media sosial pasukan masing-masing.

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "