Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nekbat, Kuih 'Rare' Dari Pantai Timur, Resipi Unik Yang Korang Patut Cuba Ramadhan Nie

24 Mei 2018

Bila tiba je bulan Ramadhan, mesti banyak kuih tradisional yang 'rare' atau jarang dijumpai akan muncul. Pada masa ini lah kita boleh menikmatinya, kerana ia dianggap sebagai makanan eksklusif atau bermusim yang hanya boleh didapati pada waktu tertentu.

Sebut sahaja kuih nekbat, pasti orang Kelantan dan Terengganu cukup kenal. Rupanya seakan kuih bahulu tetapi lebih kecil saiznya. Ia juga dikatakan pelik kerana kuih biasanya manis, tetapi kuih nekbat ini rasanya pula tawar.

Untuk menikmatinya, anda perlu memasaknya bersama air gula terlebih dahulu. Dimakan sewaktu sejuk, memang sangat sedap. Rasanya memang unik buat anda yang pertama kali mencuba.


Jika anda rasa nak cuba buat sendiri di rumah, boleh ikut resipi mudah yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba !

Bahan-bahan untuk nekbat

1/2 kg tepung beras

6 biji telur ayam

250 gm gula

3 helai daun pandan

Cara penyediaan : 

1) Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering..biarkan ianya sejuk.

2) Telur dipukul hingga kembang dan berbuih

3) Kemudian masukkan gula, tepung beras dan pukul sehingga sebati

4) Panaskan acuan dan sapu bekas acuan tersebut dengan sedikit minyak dengan menggunakan simpulan daun pandan

5) Kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit

6) Tuang adunan tadi ke dalam bekas acuan dan bakar hingga kuning

7) Siap untuk dihidang


Bahan-bahan untuk sira nekbat

2 gelas air

10 sudu besar gula

3 biji cengkih

2 helai daun pandan

Cara penyediaan :

1) Masukkan 2 gelas air, 3 biji cengkih, 2 helai daun pandan yang disimpulkan dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk.

2) Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar tadi.

p/s : boleh dihidang bersama sira atau dihidang kering.

Sumber : Resipi Mudah

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Yuk buat yang suka begadang, mainkan game online dari kami www(dot)updatebetting(dot)co
    Info bbm 7acd8560

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "