Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Merupakan 'Influencer' Paling Berpengaruh Di China, Gadis Ini Jual 100 Buah Mini Cooper Di WeChat Dalam Masa 5 Minit

8 Mei 2018

Pernah tak korang terfikir nak beli kereta melalui aplikasi WeChat?  Pada 22 Julai tahun lalu, pecah rekod kempen e-dagang apabila 100 buah Mini Cooper Countryman terjual dalam masa 5 minit melalui WeChat!



100 buah Mini Cooper edisit terhad yang dijual itu bernilai hampir RM20 juta.  Ia dijual melalui akaun WeChat seorang fashion blogger terkenal, Becky Li.  Becky mula menceburi bidang fesyen pada tahun 2015 secara sepenuh masa dan tidak menyangka, kerjayanya kini melonjakkan namanya sehingga mempunyai lebih 3 juta pengikut di Weibo dan 4.5 juta pengikut di WeChat.



Sepanjang kerjayanya, Becky telah menerima banyak tawaran daripada barisan jenama mewah seperti Chanel, Dior, Burberry, Guccy dan Hermes.  Tak hairanlah dia menjadi salah seorang influencer paling mahal  dan berpengaruh di China.



Mini Cooper itu dijual dengan harga lebih kurang RM180,000 secara eksklusif melalui akaun WeChat milik Bekcy, Bekcy's Fantasy.  Ini menunjukkan bahawa pengaruh Becky bukan calang-calang.  Dalam masa 5 minit sahaja, bayangkanlah.  Bukan RM10-20 punya harga ya, main ratus-ratus ribu ni.


Apa yang menariknya, Mini Cooper jenis Countryman ini telah direka khas dengan gaya mewah serta warna istimewa, Carribean Aqua hanya untuk 100 buah sahaja.  Ini sekali gus menunjukkan pengaruh Becky di dalam setiap kempen yang dibuat melalui medium digital sangat besar sehinggakan masyarakat disana sanggup berhabis duit dengan barangan yang disyorkannya.  Daebak!

Siakapkeli.my

Sumber: South China Morning Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

  2. "Masih Bingung Mencari Situs Poker / Domino / BandarQ / AduQ Yang isa di percaya ?

    Yang Mempunyai % Kemenangan Lebih Besar . ?

    Kartu"" Yang Berkualitaas . ?

    Pelayanan CS Yang Ramah / Tips"" Dan Trick Cara Bermain . ?

    Poker Online - HTTP://ARENADOMINO.COM

    Minimal Deposit : Rp.20.000,

    Bonus Refferal Seumur Hidup

    Bonus Turn Over Tanpa Batas

    Player VS Player ( 100% Tanpa Bot )

    8 Games Dalam 1 User ID .
    POKER - DOMINO - ADUQ -
    BANDARQ - CAPSA - BANDAR POKER - BANDAR SAKONG

    Rasakan Sensasi nya Menjadi Bandar
    hanya di BANDARQ dan BANDAR SAKONG

    Dengan Pelayanan Terbaik ( Customer Service )

    Customer Service Online 24 Jam
    Daftar Langsung isi data2 : http://arenadomino.org/app/Default0.aspx?ref=dominobandar&lang=id "

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "