Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Makanan Dan Ubat Semuanya Di Simpan Dalam Peti Sejuk, Ini Teknik Yang Betul Untuk Pastikan Bahan Yang Disimpan Tidak Tercemar

7 Mei 2018
2 ulasan

Sememangnya menjadi kebiasaan kita untuk menyimpan segala makanan, minuman dan ubat-ubatan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan ia dari tercemar kerana tidak semua bahan-bahan boleh di simpan pada suhu bilik.

Tetapi sebenarnya, tidak semua bahan boleh disimpan di dalam peti sejuk begitu sahaja tanpa melakukan beberapa teknik yang betul kerana meskipun berada di dalam peti sejuk, terdapat jenis-jenis bakteria yang boleh hidup dan merosakkan bahan yang di simpan.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi teknik yang betul untuk meyimpan bahan-bahan asas di dalam peti sejuk seperti sos, susu, telur dan ubat-ubatan yang ditulis oleh Puan Hani Mynis

Mari pelajari teknik ini dan semoga bermanfaat!


TEKNIK SIMPAN SOS

SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)

Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis "refrigerate after opening".

Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.


TEKNIK SIMPAN SUSU

Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca).

 Elakkan simpan dengan tin2 sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason  tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.

Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu. Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak


TEKNIK SIMPAN TELUR

Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais

Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)

Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak

simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

Jangan disimpan di bhgn pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bhgn dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.

Kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais

Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.


TEKNIK SIMPAN UBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bhgn pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. 

Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label "keep in dry and cool place" bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr chy matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.

Update: kalau ubat antibiotik selalu hosp/klinik bg yg dlm bentuk serbuk, kita balik rumah kena bancuh sendiri kan? Ya, yg ubat tu shj boleh simpan dlm peti ais (seeloknya kat bhgn dalam peti bukan kat pintu). Kemudian, ubat antibiotik tu kena makan/habiskan dlm tempoh tertentu, contohnya 5 hari, selepas 5 hari kalau ubat tu tak habis, kena buang ya, tak perlu simpan smpi anak tak sihat next time pulak. 

Sorry lmbat update yang ni, ingt nak masuk sekali dlm post pengurusan ubat nanti, tp since ramai yang keliru dgn ubat antibiotik dan dgn ubat yang lain, hani update kat sini ya. Apa-apa pun, please please read the label. 

Sumber- Hani Mynis

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [ Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games ]

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "