Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lakukan Parodi Menyerupai Wanita Dan Mengaku Tidak Berpuasa, Mufti Wilayah Jemput Faiz Roslan Untuk Bertemu

30 Mei 2018

Sejak beberapa hari lalu, netizen kerap memperkatakan mengenai tindakan seorang ''instafamous'', Faiz Roslan yang memuat naik beberapa video parodi yang dianggap menghina kesucian Ramadan oleh sebagaian pihak.

Rata-rata netizen merasa kurang senang dengan tindakan Faiz Roslan bersama dua rakannya yang berkongsi video parodi menyerupai wanita ketika umat Islam baru sahaja menyambut Ramadan. Rentetan daripada itu, beberapa pendakwah bebas yang bergerak aktif di media sosial turut menegur tindakan Faiz Roslan yang disifatkan melampau.

Beberapa hari lalu, kontroversi parodi Faiz Roslan turut diberi tumpuan dalam sebuah rancangan popular di sebuah stesen televisyen berbayar. Walaupun telah diberi nasihat secara tertutup dan terbuka, tindakan Faiz Roslan bersama rakan-rakannya memuat naik satu live di insta storynya yang mengaku tidak berpuasa terus mencetuskan kemarahan netizen.

Malah di dalam insta story yang sama, dapat dilihat dengan jelas rakannya sedang menikmati makanan dipercayai di sebuah restoran makanan segera. Bagaimanapun, Faiz Roslan telah pun menutup akaun Instagramnya dipercayai akibat diserang oleh netizen.

Terkini, kontroversi tersebut turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang secara terbuka menjemput Faiz Roslan bersama dua rakannya untuk hadir ke pejabat Mufti Wilayah bagi berbincang mengenai perkata tersebut.

Melalui satu kenyataan yang dmuat naik di laman Facebook mufti Wilayah, Dr. Zulkifli mengakui bahawa beliau baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperolehi mengenai Faiz Roslan yang dikumpul oleh staf di pejabatnya.

Dr. Zulkifli bagaimanapun memuji sikap yang ditunjukkan oleh Faiz Roslan yang berani tampil di kaca televisyen walaupun dikritik hebat oleh orang ramai.

''Saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik dan semangat yang berani. Jika tidak, saudara dan rakan-rakan tidak mungkin sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik,'' katanya.

Beliau pada masa yang sama turut mengingatkan orang ramai bahawa sudah menjadi kebiasaan manusia terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan.

Oleh itu sewajarnrnya sebagai umat Islam, mereka perlu kembali kepada garis panduan yang sudah ditetapkan oleh agama berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunah.

Mufti Wilayah melalui kenyataan yang sama turut memberitahu bahawa dia selaku Mufti dan mewakili Pejabat Mufti Wilayah tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Faiz Roslan.

''Ingin saya nyatakan bahawa sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah diluar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,'' katanya lagi.

Oleh itu, bagi mencari penyelasaian terhadap kontroversi yang timbul, beliau menawarkan kepada Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk bertemu dan berbincang.

"Ini adalah alamat saya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,62100 Putrajaya, WP Putrajaya."

"Buat Faiz Roslan juga, jika ingin menyambut tawaran yang dibuat oleh Mufti wilayah, anda boleh menghubungi Setiausaha Mufti di 03-88709104 atau menghubungi Ustaz Muhammad di talian 017-2559506." tulis Tuan Mufti.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "