Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepada Pelabur ASB Tegar, Ini Tujuh Kelebihan Guna myASNB, Serius Yang Ke-7 Itu Paling Best

15 Mei 2018
One Comment

Kalau anda pelabur tegar ASB, ini pastinya berita baik untuk anda. Mana tidaknya, kini sudah ada portal myASNB yang membolehkan anda menguruskan pelaburan secara on-line.
Ada peluang menang hadiah bernilai lebih RM500,000 jika anda mendaftar myASNB dalam tempoh kempen dari 15 April hingga 31 Ogos 2018.

myASNB ialah portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk kemudahan pelabur-pelaburnya. Jom kita lihat apa kelebihan menggunakan myASNB ni.

1. Paling best, mestilah boleh melabur secara on-line

Tidak perlu lagi beratur panjang atau bersusah payah mencari tempat letak kereta. Anda boleh melabur dalam ASB pada bila-bila masa dan dimana sahaja mengikut keselesaan. Anda juga boleh menambah pelaburan untuk anak anda, jika anda ialah penjaga berdaftar untuk akaun mereka. Jadi tiada alasan lagi la untuk tidak melabur. Melaburlah setiap bulan, jadikan pelaburan dalam ASB sebahagian destinasi gaji anda.

2. Membuka akaun baharu secara online (terkini)

Anda sudah ada ASB dan ingin membuka akaun lain seperti ASB2, ASD, ASW dan sebagainya. Kini anda boleh melakukannya terus di myASNB. Tidak perlu ke kaunter, tidak perlu isi borang lagi, klik, klik, klik sahaja dan akaun baharu sudah dibuka untuk anda. Lepas tu, apa lagi melaburlah setiap bulan…

3. Menyemak rekod urusniaga terkini untuk tempoh 30 hari 

Ramai yang kata kalau ada buku pelaburan lagi best sebab dapat tengok jumlah pelaburan terkini dan boleh tenung sambil berangan katanya. Dengan myASNB pun boleh buat macam tu  sebab anda boleh menyemak rekod urusniaga terkini yang anda lakukan dalam tempoh 30 hari lalu. Ha..tak de masalah dah kan nak berangan. Pada masa yang sama, anda boleh memastikan semua pelaburan anda sama ada di kaunter atau secara online sudah dikemaskini. Kalau ada yang tertinggal, call sahaja ASNB untuk membuat pertanyaan. Pastinya rekod yang dipaparkan adalah yang terkini kerana ia dikemaskini setiap 1 jam.

4. Muat turun Penyata Tahunan, Penyata Urusniaga Terkini dan Penyata Suku Tahunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Semua penyata yang penting mengenai pelaburan anda dengan ASNB, anda boleh muat turun di myASNB. Anda boleh muat turun Penyata Urusniaga Terkini untuk menyemak urusniaga yang telah anda lakukan sepanjang setahun yang lalu. Lagi satu, anda tidak perlu tunggu lagi posmen menghantar Penyata Tahunan kerana ia juga boleh dimuat turun di myASNB. Muat turun dan simpan sahaja dalam komputer atau phone anda…mudah kan.

5. Semakan Akaun bijak/remaja oleh penjaga berdaftar

Anda juga boleh menyemak akaun anak anda, sekiranya anda merupakan penjaga berdaftar ketika membuka akaun mereka. Kemudahan ini disediakan secara automatik, jadi ibu atau bapa boleh melihat terus akaun pelaburan anak mereka dan menambah pelaburan dalam akaun berkenaan pada bila-bila masa. Jadi dah ada kemudahan tu, jangan lupa tambahlah selalu pelaburan untuk anak-anak anda. Sediakanlah tabung pendidikan untuk yang tersayang, kalau bukan kita, siapa lagi?

6. Mengemaskini maklumat peribadi

Anda juga boleh segera mengemaskini maklumat peribadi anda jika berlaku perubahan pada alamat atau nombor telefon. Jadi anda tidak akan terlepas sekiranya ada makluman mengenai produk atau promosi terkini dari ASNB.  Eh makin mudahlah melabur dengan ASNB ni.

7. Transaksi percuma

Ini yang paling best apabila anda melabur menggunakan myASNB kerana ia percuma. Tidak perlu lagi keluarkan kos tambang bas, bayaran tempat letak kereta atau bayaran FPX apabila anda melabur secara dalam talian. Jadi kalau dah percuma tu, janganla berkira pula..melaburlah setiap bulan. Pelaburan minimum untuk melabur menerusi myASNB RM100 manakala pelaburan maksimum ialah RM30,000.

Banyak kelebihan menggunakan portal myASNB tu. Untuk mula menggunakan myASNB, layari sahaja laman web www.myasnb.com.my untuk mendaftar. Tapi sebelum tu, anda mestilah pelabur ASNB yang melabur dalam ASB, ASB2, ASD, ASW 2020, ASM, AS1M atau ASN. Kalau belum jadi pelabur, pergi sahaja ke mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB untuk membuka akaun pelaburan dan mulalah membina tabungan untuk masa depan anda.

Tapi kenapa tiada kemudahan untuk keluarkan duit?…ha kan ASNB nak galakkan pelaburan jangka panjang, jadi mereka galakkan pelabur melabur dan bukan keluarkan duit. Ingat lebih lama dan kerap anda melabur, lebih besarlah tabungan anda kelak.

Bagaimana nak daftar myASNB? Mudah sahaja…begini caranya..

i. Layari www.myasnb.com.my dan klik ‘Daftar disini

ii. Isi maklumat yang diperlukan

iii. Seterusnya, dibahagian pengesahan nombor telefon bimbit, nombor telefon anda dipaparkan dan klik ‘Permintaan TAC’. Jika tiada nombor telefon dipaparkan, anda perlu mengemaskini nombor telefon di Cawangan atau Ejen ASNB terlebih dahulu. Selepas mengemaskini nombor telefon, anda boleh meneruskan pendaftaran myASNB anda.

iv. Selepas anda menerima nombor TAC, isi maklumat diperlukan untuk pendaftaran myASNB.Selepas pendaftaran berjaya anda akan menerima kata laluan sementara yang perlu digunakan untuk anda memulakan myASNB anda.

v. Tahniah..anda telah mendaftar untuk myASNB

vi. Gunakan myASNB untuk keperluan pelaburan anda dengan ASNB

Porftfolio

Tambah pelaburan

Daftar akaun baharu

Rekod urusniaga terkini

1. Maklumat urus niaga di atas mengandungi urus niaga terkini sepanjang 30 hari terdahulu dan diselenggarakan setiap 1 jam.

2. Resit hanya boleh dilihat untuk transaksi melalui myASNB sahaja.


Akaun bijak/remaja

Kemaskini maklumat peribadi



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "