Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenyataan Penuh Media Datuk Seri Anwar Ibrahim Susulan Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

13 Mei 2018
2 ulasan

Kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini telah mengumumkan pelantikkan tiga anggota kabinet utama yang menyaksikan tiga tokoh politik dari gabungan Pakatan Harapan iaitu Lim Guan Eng (DAP) sebagai Menteri Kewangan, Mohamad Sabu (AMANAH0 sebagai Menteri Pertahanan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU) sebagai Menteri Dalam Negeri.

Selain Tun Mahathir daripada BERSATU yang menduduki kerusi utama sebagai Perdana Menteri, wakil Parti keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengisi posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun wujud sedikit kekeliruan apabila media tempatan melaporkan bahawa Rafizi Ramli selaku Naib Presiden PKR berkata bahawa PKR menganggap perbincangan masih berjalan dan pengumuman jawatan utama yang dibuat oleh Perdana Menteri itu masih belum muktamad.

Ujarnya lagi, sebarang keputusan yang diputuskan mestilah melalui perbincangan yang dibuat oleh keempat-empat gabungan parti dalam Pakatan Harapan dan keputusan diputuskan secara sebulat suara.



Terkini, hasil dalam satu pertemuan yang berlangsung antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, satu kenyataan media telah dikeluarkan.

Dalam kenyataan tersebut, beliau telah menyatakan sokongan padu yang dibuat PKR sebelum ini terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir.

Bagaimanpun katanya, wujud keresahan dalam pimpinan dan mereka meminta sebuah rundingan yang lebih merangkumi diadakan. Perkara tersebut katanya, telah disampaikan kepada Perdana Menteri.

Ujarnya lgi, ia disambut baik oleh Tun Dr Mahathir namun perlu melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan dan ia adalah keputusan bersama.

Anwar Ibrahim juga turut menggesa agar mereka yang menerima mandat rakyat agar segera menjalankan tugas-tugas untuk menyelamatkan negara.

Sumber : Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungan Anda disini updatebetting
    Kontak bbm 7ACD8560 :)

    BalasPadam

  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "