Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenapa Huawei Nova 2i Masih Lagi Dinobatkan Sebagai Juara Kelas Pertengahan Jika Dibandingkan Dengan Oppo F7 Dan Vivo V9.

31 Mei 2018



Semenjak pelancarannya pada November yang lepas, Huawei Nova 2i bukan lagi nama asing dalam segmen fon kelas pertengahan. Huawei mula mengejutkan orang ramai dengan mengetengahkan fon dengan tetapan ‘quad-camera’ pada harga bajet dan ianya menjadi salah satu faktor terbesar peranti ini laris di pasaran.
Dengan lambakkan fon keluaran daripada pesaing lain tahun ini, kami rasakan adalah lebih baik untuk kami bandingkan antara Huawei Nova 2i, Oppo F7 dan Vivo V9 dalam melihat juara sebenar telefon pintar dalam kelas pertengahan.
1. Cip Pemprosesan
Dari segi cip pemprosesan, Huawei Nova 2i dikuasakan dengan Kirin 659 bersama 8 teras. 4 teras pada kadar kelajuan 2.36GHz digunakan untuk tugasan prestasi tinggi manakala 4 teras pada 1.7GHz untuk tugasan ringan dalam memastikan penggunaan bateri yang lebih efisyen. Melalui pengamatan kami, cip pemprosesan yang digunapakai oleh Huawei Nova 2i memberikan pengalaman yang lancar untuk kegunaan harian.
Kemudian, Vivo V9 dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 626 bersama 8 teras pada 2.2GHz manakala Oppo F7 pula dimuatkan dengan cip MediaTek Helio P60 dengan 8 teras pada kadar kelajuan 2.2GHz. Ianya merupakan cip terbaru keluaran MediaTek namun stereotaip pengguna terhadap cip MediaTek yang cepat panas mungkin satu isu yang perlu di ambil perhatian.
2. Paparan Skrin

Semenjak kehadiran iPhone X, kita dapat lihat berpusu-pusu model telefon turut sama mengikuti jejak langkah yang sama dengan mengetengahkan rekaan ‘notch’.

Oppo F7 memiliki saiz paparan skrin 6.23 inci pada resolusi 1080 x 2280 manakala Vivo V9 dengan saiz skrin yang lebih tinggi iaitu pada 6.3 inci juga pada resolusi yang sama. Kedua-duanya hadir dengan rekaan ‘notch’ dalam memberikan lebihan skrin dengan bingkai yang lebih nipis.
Namun rekaan ‘notch’ ini masih lagi belum dioptimasikan sepenuhnya oleh kebanyakkan aplikasi di telefon pitnar. Seperti contoh di Instagram, dimana takuk tersebut sebenarnya telah memotong beberapa bahagian video dan gambar menjadikannya kekok untuk pengguna. Sama juga dengan Youtube dimana sesuatu video terpaksa di-‘crop’ untuk memenuhi ruang takuk dan ianya sudah lari daripada falsafah awal ‘Full-View’.
Huawei Nova 2i merupakan peranti yang dibina dengan paparan skrin 5.9 inci FullView dengan resolusi 1080x2160 Jadi anda akan dapat paparan penuh tanpa rekaan ‘notch’.

3. Rekabentuk dan Rekaan Luaran


Huawei Nova 2i dibina dengan aluminium dengan ukuran 7.55mm dan hadir dengan pilihan warna biru laut yang sedap mata memandang.

Manakala Oppo F7 dengan binaan panel belakang plastic mirip kaca membuatkannya kelihatan premium tetapi rasa plastik membuatkannya rasa murah tambahan lagi ianya juga magnet cap jari.



Vivo V9 pula hadir dengan rekaan yang lebih ringan pada hanya 150g berbanding kedua-dua peranti ini Nova 2i (164g) dan Oppo F7 (158g). Namun peranti yang terlalu ringan sekali lagi membuatkannya rasa murah dan tidak kukuh.

4. Kamera
Huawei Nova 2i terus mencipta namanya selepas pelancaran dengan mempamerkan tetapan ‘quad camera’ pada harga mampu milik. Ianya juga satu ciri nilai tambah yang jarang kita dapat lihat pada peranti lain.
Ianya menggunapakai sistem dwi-kamera utama dengan sensor 16-Megapiksel dan 2-Megapiksel manakala kamera selfie pada 13-Megapiksel dan 2-Megapiksel. Dengan tetapan sistem dwi-kamera ini, ianya dapat membantu penghasilan gambar dengan efek bokeh dengan lebih kemas di kedua-dua kamera hadapan mahupun belakang.
Malah, ianya turut dilihat mensasarkan kepada pengguna kaki selfie dengan menawarkan fungsi Selfie Toning Flash. Ianya membantu pengguna untuk memberikan cahaya yang bersesuaian ketika dalam keadaan kurang cahaya.
Vivo V9 memiliki tetapan dwi-kamera 16-Megapiksel dan 5-Megapiksel manakala kamera selfie pada 24-Megapiksel manakala Oppo F7 dengan kamera utama 16-Megapiksel dan kamera selfie 25-Megapiksel.
Ironinya, Vivo V9 dan Oppo F7 yang terkenal dengan tagline pakar selfie dilihat tidak betul-betul membawa karakter yang digembar-gemburkan dengan hanya tetapan satu kamera selfie. 
5.Bateri
Dengan aplikasi yang semakin berat, format video dan skrin dengan definasi tinggi, menjadi satu kewajipan untuk setiap telefon pintar memiliki bateri yang mencukupi untuk penggunaan sepanjang hari.
Oppo F7 memiliki kapasiti bateri sebesar 3,400mAh manakala Vivo V9 pada hanya 3,260mAh dan Huawei Nova 2i pada 3,340 mAh. Melalui ujian ‘HD Video Loop Test’ yang kami jalankan, Oppo F7 dan Huawei Nova 2i merupakan dua peranti yang paling lama dapat bertahan dengan Oppo F7 mampu bertahan sehingga 16 jam manakala Nova 2i pada 10 jam. Vivo V9 memperlihatkan kelemahannya yang hanya mampu bertahan selama hanya 8 jam.


Sesifikasi Huawei Nova 2i, Oppo F7 dan Vivo V9


Nova 2i

Oppo F7

Vivo V9

Dimensi
156.2 x 75.2 x 7.5 mm
156 x 75.3 x 7.8 mm
154.8 x 75.1 x 7.9 mm
Berat
164 g
158 g
150 g
Saiz Skrin
5.9 inci
6.23 inci
6.3 inci
Resolusi Skrin
1080 x 2160
1080 x 2280
1080 x 2280
Cip Pemprosesan
HiSilicon Kirin 659
Mediatek Helio P60
Qualcomm MSM8953-Pro Snapdragon 626
Binaan Cip
Octa-core 4x2.36 GHz & 4x1.7 GHz
Octa-core 4x2.0 GHz & 4x2.0 GHz
Octa-core 2.2 GHz
Storan
64 GB
64 GB
64 GB
Memori tambahan
microSD, up to 256 GB
microSD, up to 256 GB
microSD, up to 256 GB
RAM
4 GB RAM
4 GB RAM
4 GB RAM
Kamera Utama
Dwi 16 MP (f/2.2) + 2 MP
16 MP, (f/1.8)
Dwi 16 MP + 5 MP (f/2.0)
Kamera Selfie
Dwi 13 MP (f/2.0) + 2 MP
25 MP (f/2.0)
24 MP (f/2.0)
Bateri
3340 mAh
3400 mAh
3260 mAh
Harga
RM 999
RM 1399
RM 1399



Jika dilihat dari segi harga dan spesifikasi yang ditawarkan oleh ketiga-tiga peranti ini, kami senang hati untuk mengatakan Huawei Nova 2i merupakan peranti yang paling berbaloi untuk dimiliki.
Oppo F7 dan Vivo V9 mungkin mampamerkan rekaan ‘notch’ yang menjadi tren ketika ini, namun ianya dilihat satu ciri dan rekaan yang masih lagi belum diiktiraf sebagai keperluan untuk sesuatu telefon pintar.


Huawei Nova 2i dipasarkan pada harga hanya RM942 selepas potongan GST, dan anda mungkin boleh dapatkan pada harga yang lebih murah (serendah RM 899) di platform e-Commerce dengan pelbagai tawaran diskaun dan promosi.


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, pelanggan yang membeli Huawei Nova 2i atau Nova 2lite berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan cabutan bertuah termasuklah percutian 4 hari 3 malam ke Tokyo Disneyland, Japan dan Club Med Bali, Indonesia serta baucer bernilai RM200!



Layari Vmall Huawei untuk ketahui info dengan lebih lanjut.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "