Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Jika Kami Kena Gam, Siapa Nak Sara Anak Bini Kami? Netizen?'', Sharnaaz Pertahan Selebriti Yang Tiba-Tiba Sokong Kerajaan Baru

14 Mei 2018

Sejarah yang tercatat dalam pilihanraya baru-baru ini nyata akan dikenang oleh setiap warga negara Malaysia untuk bertahun-tahun lamanya. Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menamatkan dominasi Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun memerintah negara tercinta ini.

Kemenangan PH juga turut dikongsi oleh golongan selebriti yang berkongsi kemas kini di akaun media sosial masing-masing. Rata-rata artis dahulu yang berdiam diri dan tidak menyatakan pendirian politik, dikritik teruk netizen apabila mereka kini memberi sokongan pula kepada kerajaan PH.

Ada netizen yang menggelar golongan selebriti ni sebagai lalang, bermuka-muka dan tak tetap pendirian.

Tidak mahu rakan-rakan artisnya berterusan dihentam, pelakon popular tanah air, Sharnaaz Ahmad tampil sekali lagi membalas kecaman-kecaman yang dibuat netizen sekaligus membela insan seni yang menjadi mangsa serangan netizen.

Jom kita ikuti penjelasan yang dibuat Sharnaaz Ahmad melalui akaun Instagramnya di bawah.

Ok, ni aku nak cakap sebab aku tengok banyak sangat orang dok boh artis konon lalang bla bla bla. Ok macamni, sedar tak anda kami ni sebenarnya bekerja untuk stesen tv dan radio yang ratanya dipengaruhi kerajaan.

Pernah dengar perkataan “gam” “ban”? Kami ni free lance bekerja ikut kontrak yang di beri. Jadi kebanyakan kami bergantung pada kerajaan dan stesen, jika kami di gam dan ban sapa nak sara anak bini kami? Netizen? Aku tak salahkan rakan rakan artis yang dulu support BN (tapi lani pembangkang lah) tapi suara kami kena mute bab politik kalau terus nak bekerja dalam industri.

Jadi tak perlu lah anda anda diluar sana yang kail baru dalam 2-3 cm nak duga apa yang kami buat, kami ni dah lali takat komen nak gegar dunia, padahal jumpa depan minta sefie jugak. Kami tak riak brader, kami cuma bekerja untuk seni dan untuk rezeki anak bini. Kalau rasa tak suka pada seseorang artis itu, senang, unfollow dan blah. Jumpa pun jangan tegur.

Tapi In Sha Allah aku akan tegur sesiapa yang aku jumpa atas dasar manusia dan umat Islam. Jadi akhir kata dari aku yang berasal dari Pulau Pinang dan aku peyokong “DAP” untuk lebih tepat. Politik adalah politik dan kita sesama manusia dan umat Islam jangan sesekali bersengketa kerana kita tetap bangsa Malaysia dan aku sebagai beragama Islam tetap dengan pegangan ku. Ok done salam.


Ok ni aku nak cakap sebab aku tengok banyak sgt org dok boh artis konon lalang bla bla bla.. ok macamni, sedar tak anda kami ni sebenarnya bekerja untuk stesen tv dan radio yg ratanya dipengaruhi kerajaan.. pernah dgr perkataan “gam” “ban”? kami ni free lance bekerja ikut kontrak yg di beri.. jadi kebanyakan kami bergantung pada kerajaan dan stesen, jika kami di gam dan ban sapa nak sara anak bini kami? Netizen? Aku tak salahkan rakan rakan artis yg dulu support bn (tapi lani pembangkang lah) tapi suara kami kena mute bab politik kalau terus nak bkerja dalam industri.. jdi tak perlu lah anda anda diluar sana yg kail baru dalam 2-3 cm nak duga apa yg kami buat, kami ni dah lali takat komen nak gegar dunia, padahal jumpa depan mintak sefie jugak.. kami tak riak brader, kami cuma bekerja untuk seni dan untuk rezeki anak bini.. kalau rasa tak suka pada seseorang artis itu, senang, unfollow dan blah.. jumpa pun jgn tegur.. tapi insyaAllah aku akan tegur sesiapa yg aku jumpa atas dasar manusia dan umat islam.. jadi akhir kata dari aku yg berasal dari pulau pinang dan aku peyokong “DAP” untuk lebih tepat.. politik adalah politik dan kita sesama manusia dan umat islam jgn sesekali bersengketa kerana kita tetap bangsa malaysia dan aku sebagai beragama islam tetap dgn pegangngan ku.. ok done salam
A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting, agen judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "